Sunday, January 24, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Same-o, same-o, different pages same jokes
Monday, January 11, 2010
Keadilan di hujung lidah (saat sebelum kecewa)
Hatinya berlari-lari, girang cahaya matanya, berombak terlambung dadanya,
terapung di atas awan.
kejap bangku dipunggungnya, dihitung satu persatu, berat hujah-hujahnya, bisakah meraih sangsi.
Saat keputusan datang, lidahnya mati suara, berlinang dalam riang, mengusir purtus asa.
Silap adat manusia, takdir bikinan tuhan, meratap seribu pohonan, Yang Esa mencurah kasih.
Hatinya berlari-lari, girang cahaya matanya, suria miliknya kembali, selamanya tak lama lagi.
terapung di atas awan.
kejap bangku dipunggungnya, dihitung satu persatu, berat hujah-hujahnya, bisakah meraih sangsi.
Saat keputusan datang, lidahnya mati suara, berlinang dalam riang, mengusir purtus asa.
Silap adat manusia, takdir bikinan tuhan, meratap seribu pohonan, Yang Esa mencurah kasih.
Hatinya berlari-lari, girang cahaya matanya, suria miliknya kembali, selamanya tak lama lagi.
MEMANGGANG ISI BUMI
Artikel ni ditulis masa persidangan lama sekitar di Copenhagen bulan lepas.Daripada memabazir, baiklah akuiu sambung jek artikel ni. Sepatutnya artikel selayaknya masuk dalam pamphlet Human First Collective (hehheheh) yang banyak membicarakan tentang alam sekitar (tentang penyu and stuff, kudos pada diorang nilah). Well, aku sebenornya takdelah tinggi sangat kesedaran alam sekitarnya dan aku bukannya nak jadi Hippie, tapi aku tak nak kena panggang hidup2.
Tengah-tengah world leaders dok bincang pasal suhu kepanasan dunia di Copenhagen, aku dok prabis duit baiki air cond kerata aku yang air condnya (compressornya) dah dua tahun rosak. Apahal yang aku tunggu sampai dua taun baru nak baiki, aku pon tak tau, mungkin sebab pokai kot? Tapi musim hujan bebaru ni, cermin keta aku asyik berkabus je, bahaya jugak. So air cond ni penting gak untuk keselamatan. Tapi sebab utamanya sebab keta aku panas. Kereta aku sangat panas. Panas sangat especially bila ditinggalkan di tempat tak beratap. Bila masuk dalam kereta, aku rasa masuk dalam microwave oven jeh. Memang panas. Sebab tu lah aku baiki air cond. Anyways, masa dok nunggu air cond keta aku dibaiki, aku tengok tin R12, gas air cond yang tak lagi digunakan sebab membahayakan ozon. Tapi tin tu tin lamalah.
Balik-balik rumah, aku lepak depan TV dengan mak aku. Keluar pulak cerita pasal environment, mak aku pon Tanya aku, “gas rumah hijau ni mende?” kata dia. Aku pon retrieve balik benda yang aku belajar masa mata pelajaran alam dan manusia kat skolah dulu.
Aku rasa ramai je yang tau apa mendanya greenhouse effect ni. Tapi kepada yang tak tau, mehlah kita kongsikan kat sini. Setau aku lah, sebab utama kepanasan dunia adalah kerana kesan rumah hijau (atau sekarang kesan rumah kaca). dalam bahasa omputehnya, greenhouse effect. Amenda greenhouse effect ni? Well, ginilah, biar aku terangkan semudah mungkin nak senang faham.
Bayangkan sebijik bumi yang bulat ni. Bumi ni akan menerima cahaya matahari setiap hari. Cahaya matahari membawa bersama kepanasan. So, cahaya tu akan masuk ke permukaan bumi dan keluar balik, meninggalkan bumi tanpa kepanasan. So, tanpa kepanasan, manusia dan binatang atau dinosaur zaman dulu pon takleh hidup. So, tuhan jadikan gas rumah hijau.
Amenda gas rumah hijau ni, gas rumah hijau ni adalah satu lapisan gas yang memerangkap sebahagian dari cahaya (haba) matahari dari keluar. Senang cakap, bila haba matahari masuk, dia akan keluar balik, tapi gas ni akan sekat sikit haba tu, dan haba tu akan melantun ke bumi membekalkan kepanasan. So senang citer, perlu lah jugak greenhouse gases ni.
Tapi bila gas rumah hijau ni banyak sangat macam sekarang, ia meliputi bumi dan memerangkap lagi bapak banyaknya berbanding dulu. So, makin banyak gas ni, maksud aku, makin tebal gas ni, lagi banyaklah haba yang diperangkapnya. So makin panaslah bumi, ye tak? (Dan makin jadi microwavelah keta aku)
Gas Rumah Hijau ni sebenarnya apa? Well, ianya adalah componen-componen gas macam carbon dioksida dan carbon-carbon lain yang dikeluarkan oleh asapa kenderaan dan kilang termasuk wap air dan lain-lainlah. Senang cerita, semakin maju manusioa, makin banyak industry, makin banyaklah asap dan carbon dikeluarkan. Pergantungan kepada bahan api fosil makin banyak, asap ekzos lori hantu makin banyak. Tu tak masuk lagi arang batu (yang lagi parah). Elektrik pon sebenarnya guna fuel jugak, ada guna diesel, ada guna arang batu, (untuk tenaga yang lagi murah.). Maasalahnya, bukannya orang tak nak guna tenaga yang lagi bersih, Iran nak guna tenaga nuclear 9bukan untuk bom, untuk tenaga), tak dibaginya. Dunia dikausai oelh sitamak-sitamak haloba. (Jangan bagi aku start dengan penyangak petroldollars!)
Dua tahun lepas, aku ada tengok dokumentari tajuk Inconvenient Truth. Dokumentari ‘dibintangi’ oleh Al-Gore (bekas bakas presiden Amerika yang haknya dirompak Bush!). Apa yang aku tengok sangat menakutkan. Aku rekemenkan sangat korang tengok dokumentari ni. Contohn ya dia citer tentang ondex kepanasan global yang grafnya naik mencanak sejak beberapa tahun ni. Gunung-ganang yang tak pernah dilihat warnanya sejak jutaan tahun (sebab diliputi salji) habis dibogelkan sejak salji cair. Begitu jugak bongkahan ais besar di kutub, habis cair, dan dia punya proportiaon atau nisbahnya taidak pernah terjadi selama jutaan tahun usia bumi.
Contoh aku bagi tau kat kat kau tentang dataran ais di kutub yang wujud jutaan tahun dulu. Satu masa dahulu, lapangan ais ni menjadi cermin kepada dunia,m iaitu, tugasnya memantulkan balik cahaya matahari ke udara (macam cermin), so dunia terhindar sedikit dari kepanasan. Namun sekarang, bila bongkahan ni makin cair dan bumi semakin panas, matahari menyerang dengan air. Maknanya, air laut dipanaskan oleh matahari dan ia mencairkan bongkah ais dari bawah, memperlajukan lagi pencairan di kutub utara dan selatan. Bayangkan, bongkahan jutaaan tahun yang tak pernah terusik habis cair.
So, apa jadi bila bongkah ais yang maha besar dan luas dikedua kutub (utara dan selatan)caijawapannya paras aier dunia akan meningkat. Dataran-dataran bumi akan semakin tenggelam, dilapurkan, tak samapi seratus tahun lagi, banyak Bandar-bandar besar dunia yang dipersisir laut akan tenggelam, termasuklah New York dengan statue of libertynya.
Meh kita Tanya, apa Negara maju (yang paling banyak menyumbangkan kepda kepanasan global ni buat?) Tanya Amerika, huh jangan harap, nak sain Kyoto Protokol pon tak nak (limitkan jumlah bawaan minyak di dalam tangki). Cik Najib pulak berkempen menagih dana untuk Negara dunia ketiga untuk mengatasi masalah kepanasan. Aku dok Tanya, rasanya kalau diberi dana, sampai ke dana tu untuk digunakan dalam usaha mengatasi global warming. Kalau kazt Afrika tu semua, aku takut dana tu jatuh kat tangan yang tak sepatutnya je lah. Kat Malaysia, well, no komen.
Macam, aku cakap, aku cerita macam ni, bukannya, aku nak jadi tree-hugger, bukannya aku nak jadi hippie, tapi aku takut kalau tak aku, anak-anak aku kena panggang hidup2 dalam kepanasan. Aku tak nak, kau nak?
Sunday, January 10, 2010
Enjin jet, apa mau kecoh? Hiyappp, sapa mau kena tembak?
Orang-orang ni dok bising pasal enjin jet hilang. apahal kecoh sangat, bukannya harganya juta, cuma ratusan ribuje. Lagipun, apalah bangang sangat dok bising-bising, apa susuah, gunalah enjin cam pro 1.6 proton. apa daaaa.
Harga gula naik, itu pon bising, kan big boss dah kata, rugi jek kerajaan memberi subsidi kepada benda yang boleh membahayakan rakyat. So takyah lah guna gula. Macam jet jugak, jet pejuang kan gunanya untuk pertempuran. Tu gunanya untuk bunuh orang tu. Tak payah pedulih benda-benda yang membahayakan nyawa ni.
Nanti pulak mungkin harga minyak nak naik, ya kerajaan sedang men imbangkan untuk tidak menjual minyak subsidi kepada warga asing. Nanti nak beli minyak kena ada mykad. Bagus kan, Warga aswing tak patut guna minyak kita. Maksud aku, warga asing tu orang Thailand, kalau orang Singapore takpe. kan orang Singapore kan dah dah regulate kenderaan sebelum keluar Singapore.
Orang Singapore ni lain. Kita kena bela. Diorang. diorang klan negara kecik, sumber air semua tu mana nak cara kalau kita tak bantu. Apa salahnya kalau kita jual saham Telekomunikasi kita kat diorang. Apalah sangat kan? Tu pun kita beli balik, apalah kecoh sangat, bukannya banyak sangat kan.
Harga gula naik, itu pon bising, kan big boss dah kata, rugi jek kerajaan memberi subsidi kepada benda yang boleh membahayakan rakyat. So takyah lah guna gula. Macam jet jugak, jet pejuang kan gunanya untuk pertempuran. Tu gunanya untuk bunuh orang tu. Tak payah pedulih benda-benda yang membahayakan nyawa ni.
Nanti pulak mungkin harga minyak nak naik, ya kerajaan sedang men imbangkan untuk tidak menjual minyak subsidi kepada warga asing. Nanti nak beli minyak kena ada mykad. Bagus kan, Warga aswing tak patut guna minyak kita. Maksud aku, warga asing tu orang Thailand, kalau orang Singapore takpe. kan orang Singapore kan dah dah regulate kenderaan sebelum keluar Singapore.
Orang Singapore ni lain. Kita kena bela. Diorang. diorang klan negara kecik, sumber air semua tu mana nak cara kalau kita tak bantu. Apa salahnya kalau kita jual saham Telekomunikasi kita kat diorang. Apalah sangat kan? Tu pun kita beli balik, apalah kecoh sangat, bukannya banyak sangat kan.
Monday, January 4, 2010
ALLAH FOR ALL?
Kelmarin, dalam berita TV3, Tuan Guru Nik Aziz diberitakan menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh Catholic Tribune. Ya ke tak tak taulah, tapi kalau ye pon kawan tak heran. Sebab rasanya, memang ada asasnya.
Setau kawan, kalimah ALLAH memang bermaksud tuhan dan ianya bukanlah datang dengan ajaran Nabi Muhamad SAWAS. Penggunaan perkataan Allah telah lama digunakan sebelum turunnya wahyu terhadap Muhammad al Mustafa. Jahilliah Arabia telah lama menggunakan kalimah ini, dan nama ALLAH telah digunakan seperti dalam sumpah Wallahi, (demi Allah) dan juga wujudnya nama Abdullah sebelum kedatangan Islam bawaan Muhammad SAWAS. Seterusnya lagi, ketiga berhala besar adik beradik dewi Latta,Uzza, Manat dikatakan oleh para pagan. Anak anak perempuan Allah. So, in short, ALLAH memang digunakan berkurun lamanya di dalam jahiliah Arabia.
Tapi,jangan salah faham. Kawan pun setuju yang Alllah adalah nama khas, dan merujuk khusus kepada tuhan yang disembah oleh kaum Muslimin. Kawan bukan katakan yang nama Allah tu adalah nama umum yang beerti tuhan. Ya, memang kawan ada kata yang nama Allah telah digunakan sebelum kedatangan wahyu kepada ‘Abu Qasim’ di gua Hira’. Dan ianya digunakan oleh penyembah-penyembah berhala di Mekah dan seluruh Arabia.
Namun, harus diingat, bahawa Arabia bukanlah asing dari agama wahyu. Mengikut tradisi Islam, Mekah adalah dibuka oleh Ibrahim dan anaknya Ismail. Di dalam perjanjian Lama pun, banyak terdapat ayat yang menganjurkan prophecy kenabian yang akan turun di Arabia. (Cahaya tuhan bersinar di Paran (pergunungan kawasan Mekah), atau tuhan menjanjikan kesejahteraan keturunan Ismail dan 12 putera-puteranya. Maka, jika difahami, agama wahyu dari asal keturunan yang sama, dari Ibrahim, dari Shem bin Nuh, dari tradisi semitic. Maka, ia member legitemasi terhadap korupsi penggunaannya dan ianya tidak pelik. Setelah ribuan tahun, ianya dipertuturkan, dan selepas berlakunya korupsi demi korupsi pada agama, maka ianya logik yang nama Allah hanya berganti konsepnya menurut arab jahiliah. (Mereka juga percaya akan kuasa Allah disambing kuasa-kuasa dewa sembahan yang lain). Maka ianya logic!
Bercakap tentang Catholic pulak, Christianity telah mendakwa bahawa ia adalah kesinambungan dari agama wahyu Judaism. Jesus sendiri, mengikut ‘Paulene Christianity’, mendakwa bahawa dia bukan membawa ajaran baru tetapi penerusan dari agama asal, agama perjanjian lama (walaupun sebahagian besar dari agama tersebut berubah, peng’halal’lan ‘kosher’(makanan, uokum), pemansuhan amalan berkhatan dan sebaginya). Pada masa yang sama pula, tradisi perjanjian lama, nama tuhan telah berpecah di negeri Israel dan Judah (satu menggunakan Eloihim dan satu lagi Yehweh. Apa lagi jika sumber bahasa Aramaic, bahasa yang lebih purba dari bahasa yahudi Hebrew, hampir hilang, dan Bible sendiri telah terpisah dari kaumnya selepas penaklukan Nebuchadnezzar ). Walaupun diakui nama Allah memang diakui wujud walaupun dan difahami walupun di dalam Hebrew moden, namun ianya tidak diakui. Begitu juga dengan perjanjian baru yang pupus sumber Aramaicnya, yang juga melenyapkan pemahaman Allah diganti pentafsiran literal dari sumber Greek dan Latin.
Perbahasannya ialah disini, mungkin ada sekelumit legitemasi untuk para ‘ruhaniwan’ chatolic untuk menggunakan nama Allah untuk mewakili tuhan, namun, setelah ianya tersingkir dan dipinggirkan dari perjanjian lama dan baru yang membentuk bible moden, apakah tujuannya kesungguhan mereka menggunakan nama Allah, sedangkan ianya dipinggirkan beribu tahun. Apakan tujuannya dan rasionalnya, melainkan ia mempunyai maksud yang tertentu? Well, ntahlah!
Subscribe to:
Posts (Atom)