Tuesday, June 30, 2009

FILEM DAN MAT YIE


Tengok! Robot bodoh ni pon boleh jadi Governor. Tapi segempak2 teknologi diorang boleh cipta robot, apasal dia cakap kelakar. Tak boleh ubah ke?



Terminator 4,Transformer 2! Wah, ni gempak ni. Ni tengah demam sci-fiction ni. Filem Terminator ni, takdelah rasa nak tengok sangat, tapi aku dengar installment Terminator 4 ni lain macam sikit. Ye lah, ada Christian Bale -yang membuatkan aku minat balik nak tengok Batman. Si mamat Arnold “Susahnakeja” takde dalam cerita ni. So mesti best. Bercerita tentang Terminator, aku teringat zaman budak-budak. Ada kenangan di sebalik cerita tu. Tapi nantilah aku cerita. Tapi nak bagi tau tengah-tengah deman sci-fi, aku ada ter-menonton satu cerita yang aku highly recommend kat sini. Tajuknya Drag Me To Hell.

Apa yang bestnya citer ni ialah ia mengingatkan aku pada citer hantu 80’an. Citernya taklah budget besar, effect pon takde grand sangat, tapi aku rasa mampu bawak buat orang lemah jantung ke hospital. Ntahlah, mungkin sebab seat aku dalam wayang strategik kot.. Sebab bagi aku, dia punya feel lain dari tengok DVD. Sebab DVD takkan dapat capture dia punya excitement tengok wayang. Tapi tengok kat Cineplex takkan dapat capture excitement tengok kat pawagam yang screen bapak besar macam dulu-dulu. Rindu pulak aku kat panggung besar macam tu.

Tapi hari tu, citer tu tayang kat hall 4, bilik kecik je lah. Aku dok kat belakang sikit, tapi tiba-tiba, dalam gelap tu aku terpijak sesuatu. Pas tu dari seat aku tu, aku terbau masam je. Aku pun pindah dok depan, tu diaaaa, betul-betul dok kat speaker. Itu yang terkejut, terkejut tu. Citer ni dia punya ‘suspense’ memang gempaklah. Bukan menakutkan sangat, oklah, seram jugaklah, tapi yang paling best- suspense dia, suspens dia class A lah bagi aku. Bagi aku ni adalah one of the best hantu movielah. Seram tak seram,kalau ada minah cina yang dok belakang aku menjerit tu, kira memang oklah tu.

Aku ni sebenarnya, memang kaki tengok filem. Dari kecik memang suka tengok filem. Masa time blajar dulu, aku memang slalu tengok wayang. Walaupun masa tu revolusi vcd dah ada, tapi still aku gi tengok wayang. Aku ingat dulu, minggu pertama lepas (ta’aruf) orientasi kat matrikulasi,(minggu kebebasan- jauh dari mak bapak dan lepas dari program orientasi yang macam celaka!) aku and the geng merayau tengok wayang.Kami pon pergi kat panggung Rex, Petaling Street. One of the best panggung bagi aku. Old school- besar bapak punya screen. Kitorang tengok filem Independence Day Itulah filem first aku tengok kat KL. Masa pegi wayang dah start lebih kurang lima minit. Bila masuk, seat kitorang nun paling depan sekali. Bila si mamat yang kepala ‘weng’dalam cerita tu bawak kapal terbang tabur baja, sakit leher kitorang terlengguk dari kiri ke kanan tak nampak apa-apa. Last-last, kitorang decide, duduk bersila kat laluan tengah antara kerusi-kerusi, kira kat atas sikitlah. Time tu barulah nampak. Memang puas hati. That’s the perfect ‘wayang’ experience!

Tulah yang aku kata DVD/VCD takleh capture sensation dan emosi tengok wayang. Contoh aku ingat masa tengok filem Twister, lakonan Hellen Hunt. Masa crita tu nak abis, dia tunjuk gambar laluan puting beliung yang massive, besar bapak gila punya. Memang gempak tengok dalam wayang dengan sound effect bunyi angin semua. Memang best. Tapi bila tengok balik kat VCD, alahai….Tak best langsung. Hilang kehebatan crita tu. Mondos!

Tak silap, Twister adalah antara cerita yang kitorang tengok ramai-ramai masa kat matrikulasi dulu. Bebudak ni (masa kat matriklah ), kalau skali keluar, bas mini no 12 penuh ngan budak2 kitorang je, kadang-kadang kalau bas dah separuh penuh, berangkut dua bas. Standard lah kalau keluar sampai 20 orang lebih. Lagi ramai pun biasa gak. Ramai-ramai menghurung, kalau tak meja snooker, gi tengok wayang. Kadang-kadang kalau projector buat hal, (nak-nak Cineplex mondos kat Pertama Complex, selalu rosak),adalah mamat-mamat di antara kitoarang yang buat bising jerit-jerit dalam wayang. “Pulangkan duit kami!,” “majikan tak adil”Ntah apa-apa. Macam-macam!

Dalam bas mini diorang buat perangai. Punyalah gila-gilanya geng-geng ni sampai buat lawak nyanyi lagu patriotik “inilah barisan kita” ramai-ramai dalam bas. Tak pun lagu ‘Kuala Lumpur’ yang startnya “Aku datang dari desa dengan sebatang kara…” (ingat tak lagu ni?).Orang lain semua tengok heran je. Agaknya diorang fikir monyet mana terlepas dari zoo. Ada skali tu sorang mamat member aku ni berlagak kononnya dia ni kelendan bas mini. “Kotaroya, Bangkok Bank, Kotaraya Bangkok Bank” jerit dia ni. Bayangkan, sampai orang yang nak naik bas tu nak bagi duit tiket kat dia sebab ingat dia betul-betul punya kelendan bas .

Berbalik cerita filem tadi ni. Aku kalau tengok wayang, aku tak berapa gemar gi Cineplex yang banyak hall- yang tayang 7-8 cerita skali gus. Sebab theatrenya kecik. Aku suka tengok kat panggung biasa.Screen besar. Yang gambar semut pun besar dari kepala manusia. Biarlah orang kata Cineplex ni equipped dengan sound system hebat tahap angkasa lepas pon, aku lebih suka tengok kat panggung yang ‘traditional’ tadi. Walaupun kerusi semua tak best sangat. Tapi bila dengar cermin pecah ke, helicopter ke, terpaling jugak kepala. Macam real-real je.

Tapi tu semua tak bertahan lama. Tak lama kemudian KLCC, Mid Valley semua compete, berlumba2 dengan theater yang lagi banyak semua. Tak lama kemudian, lepas satu-satu panggung biasa ni mati. Yang antara paling lama bertahan ialah panggung Rex kat Petaling Street yang aku cakap tadi. Tu adalah usual spot aku. Kalau ada geng, tengok ngan geng. Kalau takde aku bantai tengok sorang-sorang. Aku rindu panggung tu.

Tapi tak lama kemudian, panggung Rex tu pun tutup. Sedih betul aku masa tu. Takde lagilah nak tengok imej yang besar bapak semua. Hilang sedikit nikmat tengok wayang. Tak lama selepas panggung tu tutup, bangunan tu jadi kedai kopi kalau tak silap aku- dan sebelahnya kedai buku. Tiap kali aku terlintas kat situ, teringat zaman belajar dulu. Syahdu je rasa ingat kenangan lama-lama. Nobody can stop progress, even when the progress is sometimes mighty sucks!

Dulu kat kemaman hometown aku ada satu panggung wayang, (Yang sekarang ni jadi pusat snooker. Sebenarnya sebelum zaman aku ada dua panggung, tapi seingat aku panggung yang lagi satu tu, terbiar macam tu je sebelum diconvert jadi kedai perabot dan terkini gelanggang futsal. Masa 90’an ada satu lagi panggung, tapi tu laser disc). Masa skolah rendah dulu, aku bila balik skolah je, aku sorang diri, ataupun dengan kawan aku Mat Ali, akan berbasikal, ataupun naik bas pergi kat panggung tu (tunggu bas saja dah dekat sejam kadang-kadang). Kadang-kadang sampai 2-3 kali seminggu kita singgah kat situ sebelum merayau pergi tempat lain.

Tiket masa tu kalau tak silap RM1.60 sekali masuk. Murah gila, tapi bila gi situ, aku tak semestinya gi tengok wayang, kadang kadang dok lepak je kat situ. Sembunyi-sembunyi beli rokok batang, hisap kat belakang wayang. Tengok poster citer-citer yang akan datang. (ni panggung wayang dulu ye, bukannya Cineplex sekarang. Dulu satu panggung, satu cerita saja, bukan macam sekarang).

Kadang-kadang saja je aku dok situ, tanpa tujuan, aku jalan kaki round town kecik kemaman tu, bila nak balik, sebelum pergi stesen bas (nak balik rumah), aku melencong kat panggung tu. Ye lah panggung tu agak dekat gak ngan stesen bas. Aku tak tau kenapa aku buat macam tu, tapi aku rasa, aku buat macam tu kadang-kadang almost setiap hari sebab nak escape. Escape dari rumah aku!

Aku duduk rumah kos rendah, atau lagi glamernya rumah murah. Rumah aku ni arah angin yang kuat biasa datang dari dapur.Tapi jiran aku renovate dapur dia, so kira macam sekat anginlah dari datang rumah aku dari bahagian belakang. Kat depan pulak, bukan takde angin, tapi kalau kau duduk kata rumah aku time tengahari, masuk je bilik, memang pecah peluhlah. Kat ruang tamu pun panas. Ada kipas siling, tapi bila pasang makin panas adalah. Bukan bagi angin tapi bagi haba. So, aku nak escape tu semua, aku lepak town. Tapi itu masa aku skolah rendah lah, bila aku naik skolah menengah, hobi aku melawat panggung gradually hilanglah. Agaknya, aku dah diganti dengan minat lain, macam muzik.

Tapi aku masih lagi gila filem. Nak-nak yang ada special effect best-best. (Efect old school-stop motion, miniature, matte painting semua) Punyalah aku minat tengok filem, sampaikan salh satu dari cita-cita besar aku masa kecik ialah nak beli video player. (Player VHS) masa tu. Pernah aku kumpul duit masa tu, duit raya semua semata-mata nak beli video. Kumpul punya kumpul, dapatlah dalam RM80. Sedangkan video masa tu seribu lebih. Paling kurang pun dlan 7-8 ratus jugaklah. Ni masa 80an ye. Kalau kau ada seratus tu, kira kaya gila lah untuk budak-budak. So aku mengalah, aku spent duit tu buat beli barang melukis macam drawing pen semua tu. Tak lama, habislah duit raya aku.

Tapi sekarang zaman teknologi. DVD player cap ayam tak sampai seratus ringgit pun ada. Budak dah tak appreciate sangat filem-filem ni. Yelah DVD ada, Astro ada. Zaman aku dulu, TV pukul tiga lebih baru ada siaran. Kalau nak tengok TV pagi,hari minggu baru ada. Nak advance tengok video, kena sewa video dubbing yang kualiti gambar ntah apa-apa.

Cakap pasal duit raya, aku ingat, pertama kali aku masuk panggung masa raya lah jugak, darjah dua masa tu. Selamba je masa tu pergi sorang-sorang. Yelah duit dah banyak, aku tak pergi wayang kat Kemaman, aku pergi Kuantan sorang-sorang (sejam lebih naik bas-jarak yang agak jauh untuk budak 8 tahun. Kalau mak bapak sekarang memang tak lepas punya. Aku lainlah, aku gi mana-mana aku tak cerita kat mak aku!) Panggung tu kat Kompleks Teruntum. Masa tu aku bukan reti nak masuk panggung macam mana. Tak silap untuk hari raya puasa kedua, ke raya Haji macam tu ah. Aku beli tiket, aku melanguk kat situ, tak tau nak masuk wayang macam mana. Tiba2 ada brader tu masuk panggung. Aku pun masuk skali. Tengok2, cerita dah suku dah kot, baru aku masuk. Seingat aku cerita yang aku tengok ialah “Driving School”- lakonan Jalil Hamid, Arwah Yusni Jaafar, Azmil Mustafa. Kelakar betul kalau ingat balik.


Berbalik dengan cerita aku ngan panggung ‘tunggal’ kat kemaman ni, takdelah aku selalu sangat tengok wayang kat sana. Cuma kami berdua atau aku sorang-sorang suka selalu jengah kat sana. Suka tengok cerita terbaru yang akan ditayangkan. Cerita biasanya tak best. Maksudnya jarang ada cerita-cerita terbaru. Kalau cerita Hollywood, lama-lama, baru ada sekali. Tu pun, kalau cerita yang baru main kat wayang, nak tunggu cerita tu main kat panggung ni, tunggulah 7-8 bulan lagi baru ada. Tupun kalau ada. Yang banyaknya cerita cina- cerita lawak hantu Hong Kong dan dan cerita Indon. Diorang suka bawak cerita Indon dan Hong Kong yang tajuknya agak mengghairahkan. Contohnya kalau aku ingat Melancap Dendam (ntah apa maksud, melancap dalam bahasa Indonesia) tapi yang nyatanya, ceritanya ke arah tulah dengan gambar yang seksi-seksi. Tu bukan cerita taraf X pun sebenarnya. Dengan kata lain, tak nampak apa pun (yang atas apa lagi yang bawah). Adalah adegan ranjang yang ‘bertutup’. Tapi aku sekecik tu pun dah tau taktik diorang- dan takde pun aku nak tertipu dengan poster-poster seksi ni. Bukan ada apa pun. So, kalau ada duit, jarang sebenarnya kami tengok citer melainkan betul-betul best ceritanya. Selalunya, kalau ada duit, kalau tak tengok wayang kitorang akan pergi main video games kat kedai Ah Chee (video games cartridge zaman Sage/ Mario Bros).So kira pergi sana mengharapakan cerita best yang akan datang main kat panggung tu lah.

Ada sekali tu masa darjah enam, member aku bawak sekeping video VHS kat sekolah. Dia bawak video “Indiana Jones, The Last Crusade”, apahal ntah dia bawak video tu. Aku punyalah nak tengok cerita tu aku pinjam ngan dia, padahal rumah aku bukan ada video player pun. Tapi aku bohong kata aku ada. Lepas tu bila dia nak balik video tu, macam-macam alasan aku bagi. Aku peram dekat sebulan sebab takde tempat nak tengok. Last-last ada skali tu member kampung aku ajak tengok video kat rumah dia. (Aku tak berapa rapat sangat dengan mamat ni,rumah dia pon jauh ngan rumah aku). Masa tu dia ajak tengok cerita apa ntah. (Mamat ni sukalah kalau cerita ala-ala Jaka Sembong macam tu.) Kitorangpun tengoklah ramai-ramai. Lepas tengok cerita tu, aku cakap kat dia, nak tengok cerita omputeh tak? Dia kata nak. Dengan pantas aku berlari balik rumah ambik video tu. Lepas tu berpeluh-peluh pulak berlari gi umah dia. Puas hati aku. Dapat jugak aku tengok India Jones. Walaupun setelah dekat sebulan peram cerita tu.

Tengah demam Terminator nilah aku ingat satu kenangan masa kecik-kecik dulu, yang menunjukkan betapa bermaknanya dunia filem pada aku masa tu. Masa Terminator II keluar dulu, dia punya hype memang satu macam. Yelah, dia punya effect memang gempak habis masa tu.(Masa tu je lah, tengok balik sekarang, mesti menyampah!) Filem ni adalah antara filem pertama yang guna CGI. (Si mamat robot shapeshifter yang cair jadi lantai tu. Ingat tak?. Gempak gila dah masa tu. Tapi lepasJurrasic park, CGI dah jadi perkara biasa dalam filem) Aku ingat lagi masa tu betapa aku menggelupur satu macam nak tengok cerita tu. Rasa nak sangat tengok cerita tu. Aku gila-gila pujuk abang aku pergi Kuantan (tempat terdekat yang tayang filem-filem terkini). Sampai nak menangis-nangis.(takdelah menangis,nak tunjuk bersungguhnya aku masa tu) Tak silap aku, siap aku cakap nak belanja tambang bas, tiket wayang dan makan untuk gi sana, (padahal dia dah kerja masa tu. Aku pulak dah besar sikit masa tu) Itu pon abang aku tak nak pergi jugak.

Fikir balik, aku tak tau kenapa yang aku tak pergi sendiri je. Bukannya aku takleh pergi sendiri. Sebab apa ah? Tak silap aku sebab masa tayangan kot? Dia main malam ke apa ntah, aku lupa. Bas dari Kuantan lak abis pukul 6 petang, bas last. So memang tak sempat. Yang aku ingat, aku sedih sangat, ingat nak pergi sendiri je, redah naik bas, tengok cerita lepas tu malam tu tidur mana-mana.pagi tu baru balik ambik bas pagi. Punya lah semangat. Gila kan? Kelakar pun ada.

Nak jadi cerita, satu petang, dua tiga hari lepas tu, kawan abang aku dan jiran kitorang masa rumah lama dulu, nama dia Usop, datang menziarah kami bawak kereta kompeni dia (sebenarnya truck pick-up). Agaknya abang aku ni, dia kesian kat aku, dia ajak si Usop ni tengok wayang cerita terminator II. Dalam hati aku punyalah riang gumbira- dia tak sempat siap lagi, aku dah masuk dalam kereta. Bagi aku, tengok satu movie adalah satu pengalaman yang amat berharga. Tengok wayang beb! Terminator II pulak tu. (Ye lah, zaman kecik dulu, dulu Rambo II tu bagi aku best sangat dah!)

Itulah aku faham gejolak perasaan budak-budak kalau nak sesuatu. Sebab aku pernah melaluinya. Aku bukan datang dari keluarga senang yang senang dapat apa saja yang aku nak. Senang kata, takde mewah dengan mainan ke apa. Kat kampung aku pulak tak ramai geng sebaya. Kalau ada yang kecik-kecik dan budak-budak besar. Kalau yang agak sebaya pun nun di seberang longkang besar. (Kira dah macam kampung lain lah) So hiburan bagi aku terbatas. Itulah dunia aku semasa aku tempuh zaman childhood yang membosankan. Inilah hiburan aku.Inilah penawar bagi seorang budak yang duduk dalam rumah yang panas macam padang pasir , yang tak tau mana nak escape kat mana dah. So again, inilah hiburan aku- yang dipakej oleh Hollywood.

Cerita tentang escapisme ni, pernah ada orang cerita kat aku. Aku lupa dah sapa. Kata dia kau tau tak sebab apa filem Hindustan panjang-panjang? Siap ada lagu, tarian semua lengkap dalam satu filem? Dia kata orang India ni kebanyakan susah.Kerja bertungkus-lumus untuk hidup. Tak dinafikanlah ramai orang India hidup dalam kemiskinan. Sebab tu lah diorang perlukan satu jenis hiburan cukup pakej, ceritanya, nyanyiannya, hero dan heroinnya yang hensem.

Sebab tu filem Hindustan perlu ada semua tu. Semua yang bila diorang tengok berbaloi dengan duit yang diorang bayar. Filem adalah tempat diorang nak lepaskan penat lelah diorang dan lupakan kesusahan diorang. Dah escapisme diorang mestilah kena yang bermutu. Tulah ada kes yang ada panggung yang kena bakar sebab cerita yang tak happy ending. (Ye ke?) Tapi itu dia yang cakaplah bukan aku yang cakap- tak logiklah pulak bakar panggung sebab filem tak happy ending kan? Sekali lagi, diarlah cakap, bukan aku cakap!

Aku ingat sekali tu masa anak sedara aku kecik lagi. Dia ni nak tengok wayang kartun The Incredibles. Tak silap aku masa time raya kot. Masa tu parents dia balik kampung. Aku pulak takde duit. Merayu-rayu dia nak ajak aku tengok cerita tu. Siap nak bagi duit dia nak support aku tengok wayang. (Duit raya lah kot?) Kesian betul aku tengok dia masa tu. Aku pun tak sampai hati, redah jugaklah bawak dia ke Kuantan walaupun tengah sengkek.takde duit. Aku kesian tengok dia. Tengoklah aku wayang dua beranak ni. Jalan kaki gi jalan besar, tunggu bas, naik bas dalam sejam lebih lepas tu stret pegi beli tiket wayang- dan tengoklah kami dua orang citer tu. Bila habis cerita tu, masa kitorang jalan kaki nak tunggu bas, aku nampak keceriaan dan kepuasan pada wajahnya. Teringat aku aku masa aku kecik-kecik dulu masa tengok –“Asta la vista babeh!” Itulah filem bagi aku!

-Mat Yie sekarang ni taste filem dia dah lain, dia dah tak berapa nak tengok cerita-cerita action ni, dan dah tak berapa layan citer yang effect maut-maut. Dia dah ubah selera. Dia suka tengok filem yang slow pulak, yang orang boleh terlelap 4-5 kali bila tengok. Dulu ada berangan nak arah indie film (konon) tapi tak kesampaian. Cita-citanya sekarang nak jadi pelakon. Tak lama lagi dia nak join siri realiti TV terbaru- PILIH KASIH dengan Rosham Noor! Hahahahhaha!


No comments:

Post a Comment