Monday, February 22, 2010

karbonkan Satu Planet


Akhirnya, siapa jugak Semenanjung Register (fanzine kolektif kalau deme tak taulah) selepas beberapa masalah. Lepas siap, satui lagi masalah, nak bagi kat printer ada pulak kesukaran sebab kawan guna adobe pagemaker (lesson- lain kali buat guan Ilustrator). Tapi, orang kat printing tu cakap, dia akan cuba ejas, so ari ni harap2 oklah.

Tengah2 lepak sini terjumpa sajak lama (wuyooo, sajak tuuu...), takdela beh sangat, oklah untuk dikongsi bersama. Lamamya tak pos kat blog. Oklah, ni sajaknye.

Karbonkan satu planet
Bulan berenang telanjang malam ini,
Gemerlapan mata-mata bintang berkelip-kelip tanpa malu.
Awan merajuk langit pun menghaba.
Tebal amat karbon, menyelimut akhir zaman.

Panas sungguh malam ini,
Berputar kipas siling bagai membekal hangat.
Berpeluh dada jam sebelas malam.
Tv dihujung kaki menambah rimas

Nanti biar aku menjadi perdana menteri,
Semua kereta harus jadi hybrid.
Tiang kipas gergasi di setiap rumah.
Rumah dibumbung panel solar.

Kucekapkan pengangkutan awam,
Semua berkomuter ke tempat kerja.
Biar kereta jadi tukun.
Jalanraya dibanjir basikal.

Inginku hambat rumah hijau,
Namun hijau bukanlah di hati
Para sitamak petrol dollar
Si tamak petrol dollar.

Aku bukan Al Gore
Aku bukan greenpeace.
Aku cuma tak mahu,
Dipanggang hidup-hidup.



2 comments: