Monday, July 13, 2009

Yeaaa...aku dah jadi ABAH


bilik bersalin?


Dah seminggu lebih tak bukak blog. Orang rumah bersalin. baby pertama kitorang. Alhamdulillah. Semua selamat. tapi baby kuningnya tinggi jugak, dua kali dah masuk wad, tak hilang2 lagi.


malam jumaat, 2/7/09, wife aku kata dia dah nampak ada liquid keluar. Aku pun naik risau, so kitorang pergilah kat klinik berdekatan. Doktor pompuan tu kata, the liquid is sticky, bukan lagi ni. Mungkin lambat lagi as my wife due 21 day later. Abih cek semua, abih bayar 40 inggit, kitorang pon happy, hilang risau sebab ingat lambat lagi. Esoknya, bini aku beranak!


Esoknya hari jumaat 3/7/09, dalam empat setengah petang macam tu, aku berseluar jeans dan t-shirt itam berkolar pergilah mega-mall, tengok ada pameran perumahan kat situ. Time aku sembang dengan minah comel jual rumah tu, wife aku called, kata her water broke. Dia ada kat tempat kerja time tu. Aku cakap suruh tunggu tapi dia inssisted nak balik, sorang2 pulak tu.


aku pon drive keta macam nak gila balik umah, (well... taklah gila sangat pasal time tu jem, time orang balik kerja). Sampai rumah semua dah siap. Sian aku tengok wife aku, berpeluh2, pantang silap sikit, mesti aku kena marah. Fahamlah aku, dia tengah sakit.


Pukul lapan lebih aku kat labour room. Kat situ ada bebudak praktikal 5-6 orang dari kolej Shahputra (course nursing kot )dok jengok-jengok, tengok graf semua. Dalam hati kau berkata, ingat bini aku lab rat ke ko perati-perati cam tu. Dr dan nurse kat situ muda2 lagi dan aku yakin tak pernah beranak pon. Pukul sembilan wife aku disuruh 'push'. Aku bagi semangat, pegang tangan, urut, baca apa yang patut,betul- Doktor suruh aku bagi semangat sepenuh hati, so, aku betul2 macam cheerleader. (walaupun letih sebab cuma ambik breakfast dalam pukul sepuluh pagi hari tu, samapi pukul 9 lebih tak makan lagi)


Lebih setengah jam kemudian tu, baby selamat dilahirkan. Rasa macam tak caya. Lepas 2 tahun 4 bulan kawin, aku jadi abah. Aku bersyukur amat amat sangat. Alhamdulillah. tepat 9.32 malam baby keluar, pompuan, berat 2.6 kilo. mata sepet macam aku jugak. Alhamdulillah. Biarlah orang kata apa pun, tapi bagi aku tu, itulah baby yang paling cantik dalam dunia bagi aku.


Namanya Nuris'lah Hafeeza(h). Aku dapat nama tu setelah consult beberapa orang. Nama tu amat bererti bagi aku. Nur itu cahaya. Is'lah (ejaan gitu sebab ada huruf sod)-maksud dia 'to reform'- perubahan ke arah yang lebih baik. Hafeezah, bermaksud to preserve, untuk memelihara, sepertimana tahfiz memelihara al-Furqan dalam dada mereka.


Nama aku sangat bermakna. Sebenarnya sejak aku kawin, teeeeeeeeeersangat banyak cabaran dan dugaan yang tuhan bagi kat aku. Terlalu banyak hingga tak tertanggung. benda tu pulak personal dan terpaksa aku kandung dan pendam dalam hati sorang2. Aku harap sangat ada orang lain di luar lingkungan aku untuk aku berkongsi, tapi, tak dapek den nak nolong. Hehhe! Dan masalah tu tak setel2 lagi, dan sedikit2, ia consume aku, makan diri beb! Dan sekali lagi biar orang nak kata apa pun, aku glad dapat main smula dengan dkr, walaupun bukan itu caranya, tapi aku dapat release, melepas apa ada dalam kepala otak aku.


So Nuris'lah Hafeeza, selamat datang ke dunia.

Abah akan kelambukan sayang dari segala ancaman.

Abah mintak maaf jika sambutan abah tak sempurna

Dunia Abah sekarang terhimpit,

Maruah Abah diinjak-injak dan diperas

Hak dan kebahagian abah dirompak

Oleh keadaan,

oleh busuk hati.

Abah tahu, kebahagian takkan datang berlari-lari

Namun Abah harap Is'lah datang

bawak bersama sekelumit kedamaian.


Saban hari, Abah bercakap kepada langit,

Kalau termakbul untung,

hujan akan turun, cuci daki-daki

cuci marah dengki

Harap Abah Is'lah kelak unggul peribadi

Moga cerita duka takkan berlagu lagi.

7 comments:

  1. tahniah. semoga anda sekeluarga berbahagia, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. ameen.

    ReplyDelete
  2. tahniah..berbahagia dan murah rejeki..amin..

    ReplyDelete
  3. TENKIU, hamba harap pon begitulah harapnyee..........

    ReplyDelete
  4. tahniah..tahniah...tahniah
    1) untuk kelahiran
    2) untuk kesabaran
    3) untuk tekad dan azam..

    doh nok panggil mende ank mung ni? lah ke, zah ke, fiz ke, nur ke? Ning ayoh de ni..wat mari ah jupe nge ayoh de sekali

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Time kasih. Beyeh ayoh de. Kekgi insya'allah bowok gi jupe ayoh de.
    btw- jupe ayoh de nok, jupe 'ayohnda' jalur tiga takmboh, takut. hehhe

    ReplyDelete
  6. a'kum mat yie.. mun pon ade blog.. hehehe.. rindu ke mun mat yie, tobak ahh.. tahniah dengan kelahiran anok pertama, semoga keluarga mun bahagia dan sihat2 sahaje hendaknye.. amin..

    ReplyDelete