Sunday, September 13, 2009

HIKAYAT PENUH RANJAU


Aku kadang2 pikir lirik lagu zaman 80-an dengan 90an lagi beh la. Puitis. Well, ada jugak yang crap, tapi ada yang best. Sejak semalam, aku dok humming dalam kepala otak aku lagu perhentian dari Wings. Bila baca balik aku cuba terjemahkan dia punya makna. Ntah betul ntah tak. Meh tengok liriknya?
Cari perhentian di mana nak berhenti

Camar kesucian satu cinta abadi

Di mana dia

Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh

Tercicir entah dimana

Hilang dalam jasad sendiri Oh..

Oh..Aku yang mencuba

Cari dan kutip kembali

Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ

Memerhatikan segala dalam pandangan

Kekaburan

Melihat diri sendiri

Tak silap aku, penulis lirik lagu ni, seorang mat pet, arwah JS Kevin. So perhentian ni, mungkin maksud dia, macamana nak berenti dari ngisap dadaHLAH kot. Satu reference yang menyebabkan aku pikir macam tu sebab, “hilang dalam jasad sendiri”- i.e., lalok.
Cinta abadi mungkin got to do dengan religion, cinta tuhan yang abadi. So, dia nak basuh kekotoran dia dengan agamalah, macam yang dia cakap, ‘ku basuh dengan pegangan ku’- pegangan agama. Ye dak?
Aku terfikir jugak lagu lain- Satelit Puaka- mungkin RTM, sebagai rangkaian pemancar yang diterjemahkan sebagai satelit (ingat diorang kena ban, sebab rambut panjang zaman Mohamad Rahmat dulu.
RTM dan Mohamad Rahmat juga dikatakan sebagai “pencuci pentas, kuli upahan” dalam Bazooka Penaka. Ya lah, RTM kan badan propaganda kerajaan, apa taik yang government buat, RTM toloNG cucikan dan sapu bawah karpet dengan cara distraction atau pengalihan persepsi. Dude, that’s deep!

9 comments:

  1. fuhh.. mat yie.. mmg puitis ahh mun.. Selamat Hari Raye Mat Yie.. Maaf Zahir dan Batin kalu ade tersalah..

    ReplyDelete
  2. set- jom, booking nge beri lepah tu lepak keda joh. hehehehe. Ce wi email mu,aku nok mitok tulung sikit ni, ce wi email mu.

    cursive- puitis menda, bukan lagu aku hahahah. Selamat hari raye juge, maaf zahir saja. hehhehe

    ReplyDelete
  3. email aku cryjeremycry@gmail.com

    @

    jeremy.mengantuk@gmail.com


    tulong mende ho? kalu bley tulong, aku tulong.. eheh..

    ReplyDelete
  4. eh.. saloh tu.. cryjeremycry@yahoo.com

    or

    jeremy.mengantuk@gmail.com

    ReplyDelete
  5. byk lagi lagu wings yg mempunyai lirik best. antaranya sembunyi, kota kemusnahan, keturunan fotostat, hapuskan fitnah, jerangkap samar, opera hidup, bla, bla. lagu ketuhanan pun byk.

    kalo berani dengar Saxo lah. band speed/power metal malaysia. setakat aku tau ada 1 album je. "satu perjuangan"

    ReplyDelete
  6. Ri, dulu Saxo glamer, tapi aku x dengar skali pon lagu dia (ke aku dok ingat?) Ni kena refer ke bapak rock Malaysia ni, saudara Jang aka Puitis

    ReplyDelete
  7. Saxo discography :

    - Hikayat Rok (1988) - album kompilasi
    - Satu Perjuangan (1990) - full album

    Saxo asalnya band Thrash metal tapi jadik rock bila jadik artis rakaman.
    Album 'satu perjuangan' tu album pertama dan terakhir diorang. Dlm albumt tuh aku selalu putar lagu ' Matahari Di Kuala Lumpur'..
    Indah sungguh lagu tu, menangkap kalbu...haha

    ReplyDelete
  8. salam. berkunjunglah ke blog saya kalau ada kelapangan.terima kasih.

    http://thekedaihitamputih.blogspot.com

    ReplyDelete