MEAT IS MURDER
Shahril
berselipar jepun lagi hari ini. Dia bersarung seluar cargo berpoket tepi yang
dipotong di bawah lutut tapa dijahit dan baju bercetak Rich Kids on LSD, sebuah
kugiran punk rock yang pernah digilainya suatu ketika dulu. Dia menghabiskan
sisa-sisa Gudang Suryanya, dijentik dengan jari dan disusuli ludahan kahak
hijau yang jatuh elok di tepi longkang. Seseorang menghampiri dan menghulurkan sekeping
sampul surat bersaiz A4.
Taman Hutan
Bandar Bandar Johor Bahru panas menggigit hari ini. Mata si pemuda berambut
dreadlock agak liar memerhati sekeliling
dan Shahril tenggelam dalam batuknya.
“Teruk nampak?”
Tanya Daud.
“Nak pecah dada beb.” Jawab Shahril.
“Balik tidurlah, layan Kodin?”
“Nak buat macamana, cari makan. Kau stim ubat batuk
pulak ke?”
Daud tidak menjawab, membuka kotak rokoknya dan
diramas apabila mendapati isinya kosong. “Haisss… “ Keluh Daud panjang. “Dah,
aku pergi dulu, dalam tu ada alamat, …kat Skudai Susah sikit nak cari, ceruk
sikit. Bak okok sebatang.” Daud meraba rokok Shahril yang terletak di poket
tepi kiri seluarnya, mengeluarkannya sebatang. “Welcome back to JB.” Katanya
dan terus melangkah untuk pergi..
“Pagi esok?” Tanya Shahril.
Daud berhenti dari melangkah dan berpaling dengan
putting Surya di mulut. “Pagi…dalam pukul semilan ke sepuluh. Biasa dia antar
barang kat situ tiap hari rabu. Kadang-kadang berenti minum kat situ.” Dia
meraba poketnya mencari pemetik api tapi tiada ketemu. Dia kemudian mendekati
Shahril, mengambil lighter dari poketnya, membakar rokoknya dan berlalu lagi.
Daud dah pun menghilang dan Shahril mula mengeluarkan
isi perut sampul tersebut. Terdapat beberapa keping gambar kompaun sebuah ‘kilang’
haram dari pelbagai sudut, dan gambar seseorang yang pernah dikenalinya- Shabri.
Shabri adalah seorang yang dikenali sewaktu zaman
remajanya dahulu. Dia diketahui umum, seperti Shahril juga, seorang yang
menggemari muzik keras di dalam scene punk/ hardcore, namun mempunyai perangai
yang pelik, suka menyendiri dan seorang vegan yang agak keras dengan pendapatnya,
kalau pun bukan ‘garis keras’.
Shahril mengingati Shabri dalam kepalanya dan meninjau
watak itu sewaktu mudanya- karekternya, fizikalnya. Kurus, tinggi, bercermin
mata dan tak lekang dengan ‘capnya’ yang
bertulis “meat is murder”, bersesuaian dengan pendapatnya bahawa amalan
pemakanan daging adalah kezaliman kepada makhluk haiwan, maka penyembelihan
adalah satu bentuk pembunuhan.
Apa kena-mengena Shabri dalam siasatannya kali
ini? Jawapannya adalah kilang tempat Shabri
bekerja. Kilang yang berupa banggunan kayu buruk hampir roboh tersembunyi di
pedalaman jauh dari jalan utama. Kilang itu bukan sahaja beroperasi secara
haram tanpa diketahui jelas produk keluarannya, ia juga adalah disyaki menjadi
tempat terakhir beberapa penjenayah kongsi gelap yang amat dikehendaki pihak
berkuasa akhir-akhir ini. Dengan kata lain, kilang itu dipercayai tempat
‘wanted gangsters’ tersebut bersembunyi.
‘Geng Long 36’,
nama kumpulan gangster tesebut yang keahliannya mudah dikenali pada tattoo 36
berbentuk naga di bahu ahlinya. Jejak mereka dapat dihidu apabila dua buah
kereta yang digunakan mereka tersadai beberapa hari di sana, tersadai di tepi
kilang sebelum dialihkan. Sebelum itu pun, polis telah pun menghidu kehadiran
ahli kumpulan itu ke daerah ini. Dan Shahril dikirim khas dari Bukit Aman untuk
menyelidik sebaik sahaja berita itu dihidu dua malam yang lepas.
Telefon berbunyi dan Shahril menjawab. “Hello…”
jawabnya sambil mendengar maklumat dari hujung talian. “Ok, share location, aku
datang sekarang.”
……………………………………………………………………………………………………………………………………
Sampul bercetak PDRM dimasukkan kembali ke dalam
dashboard keretanya dan enjin dimatikan. Shahril keluar dari kereta dan menuju
ke arah ‘mamat’ yang bertali leher yang
diiringi seorang angota polis lengkap beruniform. Pada masa sama kren sedang mengangkat
naik sebuah kereta yang sebelumnya tenggelam di dalam sungai. Pintu kereta
Iswara Aeroback yang masih tergantung diikat rantai kren itu terbuka dan air
dengan lajunya muntah mencurah dari dalam kereta ke tebing sungai.
“Encik….errr…Shahril?” Tanya Herman si lelaki bertali
leher.
“Ya.” Jawab Shahril.
“Herman, forensik.” Jawab Herman memperkenalkan diri
menghulurkan salam.
“Ada apa-apa? Uhuk! uhuk!” Shahril mengeluarkan
rokoknya menghampiri kereta yang basah sedikit berlumut di hadapannya. Batuknya
masih ada sesekali.
“Pelik.”
Kata si lelaki bertali leher. “Peluru ngan pistol ada lagi dalam dashboard.”
Merujuk kepada kereta tadi, sebuah lagi kereta milik Geng Long 36 yang telah
berjaya dinaikkan lima pulut minit tadi. “Macam diorang nak blah lari
terburu-buru sebelum junam kereta ni ke sungai.”
Shahril
mengambil pen dari saku Herman dan menunjukkan pada fabrik kerusi belakang
kereta, ke arah tompokan merah yang masih kekal bersisa gagal dibasuh oleh air
sungai. “Kau rasa apa ni?” Tanya Shahril.
“Hmmm…confirm
darah…aku rasa dari kes samun kedai emas hari tu. Berbalas tembak dengan
anggota kita.” Tali lehernyanya dilurut ke bawah dan dicabut dan disakukan di
poket kiri dadanya. Belakang kemeja Herman basah berkeringat.
“Ni?” Tanya
Shahril merujuk pada fabrik kerusi yang koyak bagai cakaran binatang.
“Can be
anything. Hmmm…ada lead?”
Shahril
mengelak badannya apabila seorang anggota polis datang dengan kamera ke kerusi belakang
dan mula mengambil gambar. “Ntahhh…” Katanya ringkas dan mula menghidupkan
keretek yang baru dikeluarkannya tadi. “Sebenarnya ada, esok start. Hmmm…Haisss…pelik.”
“Well…”
Herman menjungkitkan bahu. “Ni satu lagi.”katanya sambil memasukkan satu lagi
peluru ke dalam plastik kecil.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Jam hampir ke pukul sebelas dan Shahril masih
menunggu di kedai makan yang dimaksudkan. Telah beberapa jam dia berada di situ
menunggu. Dia melepaskan surat khabar yang dibacanya dan mula mengambil kunci
di atas meja. “Dia tak datang kot?” Terdetik dihatinya.
Seseorang datang dengan remote control di tangannya
dan menguatkan suara televisyen.
“Kereta yang ditenggelamkan di sungai tersebut
dipercayai milik suspek yang terlibat dengan aktiviti rompakan ngeri kedai emas
baru-baru ini yang mengorbankan nyawa pemilik premis dan dua pembantunya.
Susupek juga dipercayai…” suara pembaca berita bergema kuat dan kemudian
diperlahankan kembali sedikit
“Ni yang kat Skudai tu. Dua-dua bijik kereta dibuang
kat sungai. Apa bodohnya… Hahhaha.” Kata si pemegang remote.
“Baik bagi kat den ni haa…takdo lah dek kojo naik
kapcai hari- hari…” Kata yang lain disambut dengan deraian tawa beberapa yang
lain.
“Alaaa, sah-sah la kereta curi tu. Kalau idak takkan
la dia buang.” Kata seorang yang lain dengan mata tidak beralih dari Harian
Metro.
Shahril mendengus dan melihat jam di tangannya Diabaru
ingin mengangkat punggungnya tiba-tiba bahunya ditepuk. Dia sedikit
terperanjat.
“Shahril? Shahril kan?” Kata lelaki itu.
“Eh, macam kenal?” Jawab Shahril. “Ni Shabri kan?
Shabri Vegan? Hahhaha.” Shahril berlakon bagaikan pertemuan itu tidak
dirancang. Padahalnya, dia menunggu Shabri sejak beberapa jam yang lalu.
“Kau buat apa ni?” Tanya Shahril menyembunyikan rasa
terkejutnya.
“Hantar barang sikit. Tuu…” Bibirnya dijuehkan
menunjukkan pada seorang awek berbadan sasa bert-shirt Morrisey sedang
mengangkut dua kotak barang.
“Eh lepak ah dulu. Minum jom.” Kata Shahril.
“Mmm…ok lah, kejap, aku tak boleh lama ni. Nak buat
delivery.” Kata Shabri membetulkan capnya.
“Kau, macam dulu lagi ke? Lawa cap! Kau vegan lagi ke?” Tanya Shahril.
“Ha’ah. Ni.” Kata Shzbri menunjukkan capnya yang
bertulis ‘Meat Is Murder.’ Live healthy. Fork over knife.”
“Apa daa..meat is murder? Hehhehe…ok lah tu. Apa pun,
bagus kau ek, bertahan dengan prinsip.”
“Ini bukan prinsip beb. Ini common sense yang orang
tak Nampak. Ye lahhh, bayangkan kalau adik kau disembelih dibuat masak kicap, Bayangkan
daging kawan kau dikisar, dibuat daging burger. Tarok cili, mayo mustard,
lattuce semua, Kau nak makan? Heheh.
Tiba-tiba dia memperlahnatkan suaranya. “Bayangkan kau sendiri, kena
kurung sepanjang hayat lepas tu disembelih dan dimasak kat kedai dijual, tulis
sign besar-besar, Shahril masak biryani, Beryani Gam Shahril…. Ok dak?
Hahhahaa!” Ketawanya meletus kuat. Reaksi antara lawak dan keseraman.
“Whoaa…sabar beb. Tak pernah tau pulak kau fikir
sampai macam tu.” Shahril menelan air liur. “Psycho mamat ni” Detik hatinya.
“Well, The society is sick. Nak buat macam mana?
Hahhaa…” Gelak Shabri.
“Pon! Pon!” bunyi hon dari gadis sasa tadi yang duduk
di sebelah penumpang van Isuzu kecil berusia belasan tahun.
“Sorry beb. Aku kena pergi dulu.” Kata Shabri.
“Ehh, boleh la beb lepak mengeteh mana-mana. Bak
nombor phone kau.” Shahril mengeluarkan telefonnya untuk menaip.
Shabri mengeluarkan pen dari poket seluarnya dan
menarik tangan Shahril dan mula menulis nombor telefon di tapak tangan Shahril.
“Ok, pegi dulu beb, cari makan!” Kata Shabri separuh tergesa-gesa melangkah.
Mukanya kembali serius.
Shahril tercegat melihat rakan lamanya itu melangkah.
“Shabri…, hehe.. barang menda yang kau hantar tu?” Tanya Shahril sedikit
menjerit.
Shabri berhenti melangkah dan berpaling. Dia
memasukkan tangannya ke poket seluarnya. Keningnya pun diangkat ala The Rock. “Daging
burger.” Katanya ringkas, senyum jahat dan terus berlalu menuju van.
Shahril masih lagi tercangang tanpa reaksi. Sedikit
lucu dihatinya dan hampir dia pecah ketawa. Namun dia membiarkan rasa lucunya
mati dan tidak menggangu penyamarannya sambil menyaksikan pintu van dikatup dan
pemandunya. “Meat is Murder, tapi hantar hamburger patties? Betul ke tak betul
mamat ni?”
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Dari dalam Volvo 240 biru, Shahril sedang meneropong
ke arah kilang kayu yang dilindungi semak samun itu. Jam menunjukkan 4.15 pagi
dan mereka telah berada di sana selama lebih dua jam. Kereta diletakkan agak
jauh di jalan tanah merah lebih kurang 300 meter dari kilang tersebut.
Daud diajak sekali untuk menunjukkan lokasi kilang.
Dia memulas tangkai membuka cermin kereta untuk meludah. “Dah, aku nak
terkencing ni.” Katanya sambil membuka pintu kereta.
Shahril mengeluarkan pistol Glock 43 9mm dari belakang
seluarnya dan menarik picu keselamatan. “Tunggu sini,” katanya.
“Whoaa…kau nak masuk ke? Kau gila. Kau ingat ni
Hollywood masuk sorang-sorang tanpa back up.” Kata Daud yang sedikit cuak di
sebalik dreadlocknya.
“Abih tu, kau nak duduk saja kat sini?” Jawab
Shahril.
“Ok, aku stop kat sini. Aku nak blah. Kau nak jadi
Rambo ke apa, kau pegi sorang-sorang.” Kata Daud.
“Dah takde orang bai. Kau jugak kata tadi.” Kata
Shahril.
“Sapa kata takde,…tengok tu.” Kata Daud menunjukkan
ke arah kilang. Seseorang mengheret mengeluarkan scooter dari pintu banggunan,
ditutup pintu banggunan dan dikunci dari luar. Scooter dihidupkan dan kenderaan
dua roda itu pun bergerak. Ternyata penunggangnya adalah gadis sasa pengangkat
kotak siang tadi.
“Ingat beb. Ada kemungkinan geng-geng gangster tu
masih bersembunyik kat dalam. Aku tak paham, kenapa takde polis datang buat
tinjauan.” Kata Daud sambil melihat Shahril yang tidak berganjak dengan
keputusannya. “Ok, aku nak blah. Kau nak jadi Bruce Willis ke, Mel Gibson ke kau
jadilah. Aku nak balik tido.”
Tetap pintu kereta dibuka dan Shahril keluar
berlari-lari anak ke bangunan kilang tersebut.
15 minit kemudian Shahril berada di tepi banggunan
dengan pistol di tangan dan lampu suluh di terselit di pinggang. Dia masih lagi
berpusing mencari jalan untuk masuk tanpa perlu mematahkan rantai atau
merosakkan kunci. Di pandang ke atas dan ada cahaya lampu suram yang keluar
dari bawah bumbung. Ternyata ada satu ruang yang membolehkan seseorang masuk
jika bangunan itu boleh dipanjat. Dia ingin memanjatnya namun niatnya
dibatalkan melihat pada pintu besar yang dikunci dengan rantai. Agaknya,
rekahan antara pintu jika ditolak mungkin berhasil sesorang lolos ke dalam. Dan
sangkaannya tepat, dia Berjaya ke dalam dengan sedikit kegigihan merenggangkan
pintu.
Cahaya suram membolehkan bahagian dalamnya dilihat.
Dengan penuh hati-hati dan pistol di tangan, Shahril menyusuri ruang bersimen
itu dan melampaui beberapa ruang bilik. Kelihatan alatan memproses daging cincang
dan satu meja konkrit besar di mana masih ada kesan daging di tepi-tepi
penjurunya. Sungguh kerbersihan tidak dititikberatkan. “Meat is Murder konon…chaiszz” Detik hati
Shahril sambil menutup hidup dari bau yang sedikit tidak menyenangkan.
Dia kemudian menghala ke bilik sejuk. Dia menyusuri
dinding simen mencari suis untuk menerangi bilik yang gelap itu namun tidak
ketemui. Dibawanya lampu suluh di pinggangnya dan dinyalakan. Pistolnya diselit
ke pinggang. Dengan sedikit usaha, pintu bilik sejuk dapat dibuka dan dia masuk
ke dalam.
Kelihatan dalam kelam itu, berkotak-kotak paket
daging burger disusun elok di tepi dinding. Di hujung sana,banyak daging-daging
yang tergantung. Dia menyuluh dengan lampu suluhnya untuk melihat sekeliling.
Di sebelah tepinya
ada kotak yang berlainan. Dia mengambil pisau lipat dari poketnya dan membuka
kotak dengan cermat. Ternyata hanya terdapat bungkusan pek sosej. Tiba-tiba,
kepelikan bertandang di kepalanya. Agak lain bentuk daging-daging tersebut di
dalam samar-samar gelap malam. Dia berusaha melihat dengan limpahan cahaya
lampu suluh yang terhad itu.
Dia menghampiri daging yang tergantung. Tiba-tiba dia
kaget. Rupanya yang tergantung adalah bahagian peha manusia. Dia tersentak
kebelakang. Memang, yang tergantung di bilik sejuk itu bukanlah daging lembu
tetapi daging manusia. Dia mula ingin meluru keluar dan dalam kelam itu dia
kepalanya tertolak gantungan daging yang lain. Diperhatikan daging yang
dilanggarnya tadi dan lampu suluhnya dihalakan lampu sluh semakin dekat. Sekali
lagi dia terkejut. Daging itu merupakan bahagian atas badan manusia dengan
lengan terkulai dan bahu yang terdapat tattoo naga berbentuk nombor 36.
Tiba-tiba lampu suluh terlucut dari tangannya dan jatuh ke lantai.
Dengan
cepat dia menunduk dan mengambil lampu tersebut. Dia menegakkan badannya dan
apabila lampu tadi disuluh kedepan, kelihatan satu bentuk manusia tercegat di
depan. Rupanya ia adalah Shabri dengan kapak di tangan dan muka tersengih.
Shahril
mengambil pistol dari pinggangnya. Dalam ketakutan itu dia ingin mengacu pistol
ke depan namun pistolnya terlepas dari tangannya. Dia menunduk untuk
mendapatkan pistol namun pantas pistol disepak jauh oleh Shabri. Dia menyuluh
muka Shabri dan mengundur dalam ketakutan. Senyuman Shabri semakin melebar. Matanya
semakin tajam. Senjatanya diangkat tinggi. “Meat Is Murder,” katanya dan
kapaknya pun dihayun ke arah kepala Shahril dan………………………………..
********************************************************************************
Feel free to share di Facebook, ika anda suka apa yang anda baca, pergi ke home (klik LIPASLITERASI di atas atau di sini, dan jemput baca cerpen-cerpen yang lain.
Saya juga ada menulis novel berjudul Paramalang (424 mukasurat), Sebuah novel urban tentang harapan, cinta, perahabatan, kekecewaan, erti kehidupan dan punk rock! Dapatkan novel PARAMALANG. whatsapp ke 019-3020248 (Matyie Abahaydar)
Saya juga ada menulis novel berjudul Paramalang (424 mukasurat), Sebuah novel urban tentang harapan, cinta, perahabatan, kekecewaan, erti kehidupan dan punk rock! Dapatkan novel PARAMALANG. whatsapp ke 019-3020248 (Matyie Abahaydar)
No comments:
Post a Comment