Friday, June 26, 2009

Dakootyrocks lagi.


Image: Dkr dengan Ujay zaman rumaja dulu.
Assalamualaikum.
Aku dah lama ingat nak gantung gitar. Aku rasa dah tiba masa untuk berenti main muzik. Macam orang lain yang main takraw atau bola nak gantung boot atau kasut, aku pon gitu gak. Tapi kalau dah namanya orang gila muzik, gila muzik jugak.

Antara sebab untama aku nak gantung gitar, bukan sebab aku nak settle down, berkeluarga semua. Tapi aku takde kaki. Sejak aku pindah dari KL, aku dok lah sini sorang2. Jadi good citizen. Patuh pada boss. Menjadi warga moral diantara 2 kali punch card. Tapi tetiba, aku dapat tau Ateng nak move dok kat rumah aku Kuantan. Sebab dia, dia nak kawin dengan office mate bini aku yang duduk sederet dengan rumah sewa aku kat taman ni. Kebetulan tak. Tak lama, diorang pon kawen.

Satu hari, Ateng ajak aku gi lepak, kat satu studio di Balok, tengok kawan kitorang, Pok (dari tayar Soton) jamming ngan band Horror Crisis. Pok tanya, kitorang dah tak nak main band lagi ke. Aku takde jawapan. Yang aku ingat, hamper dua tahun sebelum tu, masa aku mula2 Pindah dok situ, Pok pernah sms aku ajak aku main band skali. Main band ala2 Bad Religion kata dia. Aku takde motivasi pon nak main. Pernah jamming skali ngan dia, skali je, lepas tu senyap.

Berbalik pada masa gi tengok Pok malam tu. Masa naik keta Ateng balik dari jamming hari tu, Ateng pasang CD dakootyroaches. Dah lama sangat aku tak dengar CD tu. Macam ada satu power datang, macam satu tanduk tumbuh kat kepala aku. Aku amik keputusan nak jamming balik.

Kami tiga orang pon (termasuk Pok)stat jamming. Lepas dua tiga kali jamming, Fazri DRSA ada kontek aku dan tanya aku nak main gig ta? Aku kata kena tanya geng2 ni dulu. Diorang pon setuju. Lagilah aku semangat. So kitorang pun jamming seminggu skali dan akhir bulan Mei lepas, kami main gig kat Cherating. Walupun set kami teruk, tapi kami puas hati.

Kalau orang tanya aku, sebab apa nak jamming balik, antara sebabnya, sejak kami berenti jamming lima tahun lepas, aku ada banyak stok lagu. Berlambak lirik yang aku tulis, yang masih ingat dan yang dah hilang. Aku ingat aku ada print lirik2 dan chord2 lagu, aku simpan dalam buku. Dan, tak kira ah orang nak cakap apa, tapi aku saying sangat kat lirik2 lagu aku tu. Aku ada cadang nak rakam demo sekali lagi. Setakat ni ada lebih dari sebelas lagu untuk dipilih. Tak tau lah jadi ke idak, mungkin tak kot. Tapi tengoklah dulu.


Aku ada beberapa lagu/ lirik yang nak dishare. Aku tak tau nak pilik yang mana satu, tapi pilihlah beberapa. Saja nak share. Ianya ditulis nam-tujuh tahun yang lepas. Tapi ia masih bermakna bagi aku. Kat sini aku letak dua lirik/ Satu pasal macamana susahnya aku nak dapat kerja lepas grad dari uni dulu dan dari kesan dunia yang aku tengok mempengaruhi aku being jobless. Satu lagi pasal macamana dunia maju, dan IMFseperti satu regime menakluki ekonomidunia dalam era globalisasi, hinggakan sebuah Negara seperti Argentina boleh Bankrupt. Bayang. So, bak kata Farid Ismet, fikir2kan lah.

PAYROLL-PHOBIC
Yawning dinosaur,
Buzzes the bench-halls
Rephrasing theories
In this paper industry
Bought my education
Say hi to occupation
Superman in spike
Studying metro classifieds



Three clicks away you’ll see the world
In this mercantilist fear
The borderless feeds the fittest
And sell it cheap to masses
The liberal gift to economy
Restructures industries
Who needs humanity?
In this soulless factory.


The world needs PLU
And the swipe machine
Rousseau has no price
In this philistine eyes
Behind this desk again
With my best disposition
I oughta write a book called
(Complete) idiot’s guide to Unemployment.

Three clicks away you’ll see the world
In this mercantilist fear
The borderless feeds the fittest
And sell it cheap to masses
The liberal gift to economy
Restructures industries
Who needs humanity?
In this soulless factory

PICK POCKETING THE NATION
Why should governments hinder logic of market?
Get the package now and it comes with free casket.
Just swallow the pills now and we’ll take care the rest
We’ll take care of the bills when you get chocked to death

We’re here for humanity
Gotta save your economy
We are on the rescue mission
Got no choice take the medication
Watch us pick pocketing your nation

You gotta privatize and deregulate now
Never mind ‘bout the logic, it helps you somehow
You gotta open up and come get the cash
You gotta spread it wide coz’ we come for your ass

We’re here for humanity
Gotta save your economy
We are on the rescue mission
Got no choice take the medication
Watch us pick pocketing your nation

Gonna teach everyone the meaning of efficiency
Gonna manage you water and your electricity
Gonna buy everything including your government
Gonna buy everything including your government

We’re on the mission to hoover south America
We’re on the mission like we’ve murdered Argentina
Gonna buy everything including your government
Gonna buy everything including your government

8 comments:

  1. moleknya mung wi kat ku etek lirik tu

    ReplyDelete
  2. lagi molek kl gitar tu seroh ke aku..kari ke dal?

    ReplyDelete
  3. aku rase lok,mu patot tuko doh geta mu..
    masaloh dok abih2..haha!

    ReplyDelete
  4. rase aku lok, ateng saje je nak bakor mu main band smula. tapi kami semua kecewa sebab mu dok paka lighter masa main gitar baru2 ni

    ReplyDelete
  5. I love guitar blasah!!!!! Aku tengok enslaved chaos baru ni. Behhhhh. We want some violence, yeargh, I hate work......

    ReplyDelete
  6. fuhh.. gambo legend nih..

    huhu.. aku rase aku plok tertinggal byk benda.. aku telah menjadi zombie kepada kerja.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. kalau gitu, lagu payroll-phibic tu ditujukan untukmu.hoho

    ReplyDelete