Monday, July 27, 2009

PILIHAN PILIH!


Pernah buat silap pilihan? Pernah buat silap dalam pilihan penting yang berkaitan dengan hidup? Pernah kena hidup selamanya dengan pilihan itu?

Aku pernah buat pilihan. Pilihan yang bukannya perfect, malah jauh dari tu, tapi gembira dengan pilihan aku.

Masalahnya, bukan pilihan tu, tapi, apa yang datang dengan pilihan tu yang jadi masalah. Yang mebuatkan hidup jadi miserable.

Sebab itu, pernah (dalam ketidak rational-an pemikiran) ingin keluar dari pilihan tersebut. Tup-tup, hadirnya sesuatu yang menyebabkan pilihan itu tidak dapat dituruti.

Tapi bila fikir balik, orang pengecut saja yang lari dari masalah. Aku tak ada masalah dengan pilihan aku, aku Cuma ada masalah dengan ‘parasit’ yang datang bersamanya.

Parasit kadang-kadang bagus. Kalau ikan paus, si parasit ni akan tolong bersihkan badannya. Maknanya, parasit ni sebenarnya boleh bagi keuntungan gak.

Tapi parasit ni, bukannya begitu. Aku tak pernah jumpa parasit yang jenis ni. Sangat luar biasa, merompak segala yang aku ada. Ia bagaikan hammer yang dibuat khas untuk berada dalam kepala aku dan mengetuk-ngetuk dinding tengkoraknya. Senang kata, kalau orang tahu, semua orang akan setuju bahawa, ini adalah spesis parasit ni yang paling brutal.

Aku tak tamak, malah aku dirompak. Aku cuma mahu tenang jiwa. Maka aku memujuk hati dengan berkata. Kalaulah terizin, kalualah terizin, kalaulah terizin……..

3 comments:

  1. sabar itu subur. Allah tidak akan membebankan hambanya jika hambanya itu tidak mampu. Sabar yi, jalan yang mung pilih tu jugak sebenarnya ketentuan Allah..
    Sekarang mung ada anak..mung cerita pada anak mung kebaikkan dari kejahatan orang...biarlah dia x faham selain selalu igt padaNya

    ReplyDelete
  2. parasit tu biase arr.. aku pernoh kene jugok, time dier tadok duit, aku support semua, esaimen pon kadang2 aku buat, siap merompak hasil karya aku lagi tuh..

    ReplyDelete