Tuesday, August 4, 2009

BAKSO SOUP FOR THE SOUL!!! (Yelah tu!!!!


Aku baru antar artikel kat Faisal tadi. Dah beberapa hari dah siap artikel tu. tapi wifi tempat aku mengong, so baru ari ni boleh hantar.



Dalam setengah kurun yang lalu, Faisal @ Dhani pernah SMS aku mintak aku tulis artikel mengenai 'definisi punk pada anda'. Aku kata, gila, mana aku layak nak tulih tu, sebab aku tak tau apa menatang benda pun nak tulih. lagipon, artikle macam tu adalah untuk golongan 'rok star!!!!" Hahahha!



Beberapa lama kemudian, aku dapat laptop pinjam. Opis aku lak ada wifi. Aku jadi semangat nak menulis. Aku ada tulis artikel untuk blog ni dan untuk Pokcik Kadir, (well excited, baru pandai buat blog). Tiba-tiba terasa rajin nak menulih. Tiba2 Ting! teringat ajakan faisal. Aku pon kontek dia tanya, nak lagi ke artikel tu, aku boleh cuba buat. sebab sekarang gua dah ada LAPTOP!!!!!!



Dia pon balas dengan tangan dan ketiak yang terbuka. Dia kata nakk. Rupanya dah ramai yang setuju nak involve dengan projek tu. Dah belasan orang dah. Tulisan tu pulak akan dibukukan. tapi aku lalai dengan satu perkara. Aku ingat dia nak tulisan sepanjang 4 mukasurat (tu pon dah panjang) rupanya dia nak 4 m/s depan belakang. Tu LAPAN mukasurat!!! Warghhhhhhh!!!!



Aku pon cubalah taknak kecewakan orang. Beberapa kali aku start, namun dia tinggalkan tulisan aku tu sebab aku rasa tak best. tiba-tiba writer's block menimpa-nimpa menghantui aku. So, aku tinggalkan tulisan tu beberapa kali.



Cakap pasal writers block ni, aku ingat masa aku buat lagu susulan CD DKR dulu. ntah, tiap-tiap kali aku buat lagu dan lirik, terasa tak best, terasa tak setanding dengan produk lama (macamlah CD DKR tu best sangat!). Writer's block ni memang bapak punya tak best. Tapi aku selalu sangat merasainya.



Lama lepas tu, Faisal ada tanya perkembangan tentang artikel tu. Aku pon rasa bersalah. Aku ni kadang2 jenis manusia yang tak suka mengecewakan orang. Last-last aku cuba sambung dan edit artikel yang aku tinggalkan tu. Aku cuba cantum dan start dari situ. Tiba2 idea datang mencurah-curah, aku spend satu malam hingga tiga pagi dan sambung pulak sekali lagi sampai ke hampir subuh. Tup-tup, aku berjaya siapkannya. Ingat nak tulis dalam 8-9 mukasurat. Last-last dia jadi 17 MUKASURAT!!! Terasa poyo lah pulak dan aku banyak masukkan elemen2 syok sendiri dalam tu. Lantaklah! janji siap. Tu pun ada terasa nak sambung tu, tapi aku pendekkannya.



Tapi bab tajuk yang mencabar tu. Apa tajuk aku nak bagi nak suruh bunyinya lain sikit. Ada perasa Malaysia sikit. last-last aku dapat idea untuk tajuknya. Tau apa tajuk artikel tu? tajuknya memang 'koya'-"BIHUN BAKSO DAN PUNK ROCK! Aku pon tak tau sebab apa aku namakannya macam tu. Tapi yang nyatanya, ianya punyalah ntah apo-apo!

9 comments:

  1. lagu ke.. artikel ke.. kalu dari matyie.. memang worth the waiting.. eheh..

    ReplyDelete
  2. 17 ms? mu dok bagi doh ruang untuk org lain sket

    ReplyDelete
  3. SJL- masa'aloh nya 17 m/s, bace sure tertido punya, (kalu dok termuntoh!)

    Fastri- Doh ye kata kalu koho banyak koho bagus. Aku dok berniat pong nok tulis sebanyok itu. Hehehe, ntahlah, aku ni denge keyboard jadi gile iseng sikit kot?

    ReplyDelete
  4. tapi..bakso tu bukan dr malaysia..

    ReplyDelete
  5. ye ujay betul. doh menda jay, sup melayu.i calong? hahaha

    ReplyDelete
  6. artikel mat yie memang best gila!!! saper yang baca tapi tak paham pasal punk rock memang orang tu tak reti membaca. hahaha. tapi memang terbaik ah dari mat yie. serius! terima kasih mat yie dakutiroces.:)

    ReplyDelete