Sunday, August 16, 2009

DKR sebelum Ramadhan

pic- DKR miskin gambar, ni gambar Ateng aku curi dari myspace dia.


Sabtu lepas kami jamming. Atas cadangan Ateng dan Pok, kitorang mencuba Mat Nang (original line up Tayarsoton) sebagai bassist. Senang cerita Pok nak main gitar, so dia cari orang lain untuk main bass. So aku ikut je lah.

Kitorang jamming kat studio baru milik Ya and the gang kat Indera Mahkota. Ok gak studio ni. Tapi crowded sangat, ramai sangat pengunjung. Dari budak2 band sampailah ke awex2 seksi. Sapa ntah diorang, aku pon tak kenal.

Jamming itu hari oklah. Mat Nang ni cepat pick-up, semua chord dia boleh ikut (dia dah cari awal2 chordingnya melalui CD). So no problemlah. Aku ingat masa aku DKR mula2 jamming dulu dengan Shabri dan Jeril. Masa tu tak nampaklagi musical direction DKR walaupun lagu dah banyak. Biasanya problemnya dengan drumming dan tempolah. Yelah, tak dapat total picture lagu lagi sebab bukan semua lagu straightforward. Anyways, malam tu, yangang kelakarnya,setiap orang bawak equipment sendiri. Pok ngan aku bawak gitar, Mat Nang bawak bass, Ateng bawak pedal. Macam rok starlah pulak.

Masa jamming, ramailah pulak yang datang masuk. Bab ni yang aku naik segan. Tapi oklah. Masa last-last, aku dah pancit gila dah, lepak atas krusi. Kitorang pon gunakan pemain simpanan/ import dan Pok dan Ateng mendendangkan dua buah lagu May dan lagu Orang Timur (Ni lagu SYJ ke, seingat aku Ramli Sarip yang nyanyi?)

Lepas jamming kitorang lepak minum. Pok bagitau aku yang salah sorang daripada ‘pengunjung’yang masuk dalam studio tengok kitorang jamming adalah, Jamal, sorang ahli line-up asal Hijrah aka The Pilgrims. (aiks, Jamal, aku tengok dalam internet line up asal Hijrah ialah Lee, Abang, Hili & Mazuan-rupanya dia session untuk Hijrah, refer dalam myspace pilgrims). Pok kata dia mintak dengan Pok copy Tribute to Pilgrims (oleh band2 Trg- yang Pok copy dari Ateng). Baru je pok cerita, tup-tup, datang dah dia ni dengan sorang lagi mamat yang aku familiar.

Diorang pon join kita minum. Terbukaklah cerita lama, masa dia zaman gig kat Kotaraya, Metalica’slounge semua. Cerita pasal JoeKidd yang dulu tak tau bila masa belajar main gitar tup-tup dah main untuk carburetor Dung.

Ada cerita kelakar yang diorang pernah bergaduh dengan Ali (Terra Rossa ) pasal sapa nak main dulu masa ada ‘konsert’ kat Kuantan. Rupanya diorang ni sama-sama bawah Sonic Assylum bersama dengan artis macam Zarina Zainuddin tu semua.

Diorang cerita macamana diorang masuk URTV, kena interview dengan Nas (yang dulu ada column rockin’ kat URTV. Bergambar tepi tembok jalan raya, tepi pokok bunga masa muka tengah rabak semua. Hehehe. Satu lagi diorang cakap yang interview (yang dalam CD Tribute to Pilgrims) tu rupanya kat radio kat Singapore.

Tapi yang tak bestnya, tak sempat nak berbual pon, malam dah lewat sangat. Ateng ajak balik, aku tumpang keta dia, so aku pon balik. Sebelum tu, Pok ada bagitau, gitar dia (gitar baru, ala-ala strat trade in dengan gitar lamanya ngan budak) dah tak boleh main, sebab ada problem, makin lama makin slow, tak dengar. Padahal, dia terpulas knob volume kat gitar dia masa diamain, patutlah makin slow. Aku ingat aku je bodoh bab-bab gitar, rupanya Pok lebih kurang aku je. Hahaha. Bingai ngohhh!

5 comments:

  1. 1. DKR memang rock star
    2. orang timur SYJ pun ada ramli sarip pun ada. aku wase awok tu jam hok SYJ.
    3. mesti mu dok sedor dlm ramai2 budok2 yg tengok mu jeng tu ada anok murid bdk skoloh mu.

    ReplyDelete
  2. aku pong rase ade student mat yie...

    ReplyDelete
  3. Ye ke dok? Wahh , lama tak cek blog. Amyways sebumbung n msaniy, welcome, ahlan wasahlan!

    ReplyDelete