Pak Usop adalah seorang pembela toyol. Dia hidup mewah dengan hasil bantuan makhluk itu. Namun hidupnya sunyi. Dia hidup bersendiri. Dia pernah beristeri beberapa kali namun semua isterinya meninggalkannya kerana amalan mistiknya itu. Apalagi jika Toyol belaannya selalu meminta darah (yang dihisap dari ibu jari.)
Namun seru alam tidak memilih sesiapa. Pak Usop menderita dengan darah tinggi, kencing manis dan yang paling rumit, barah dibahagian *toot*nya. Dia cukup menderita. Di waktu itu, harta kemewahannya tidak dipedulikan lagi. Rumahnya bagaikan tidak berpenghuni.
Ketika dia hampir pasti yang ajalnya bakal tiba, dia pun insaf. Dia amat ngeri dengan azab kubur. Maka dia mahu lengkapkan dirinya dengan jawapan yang bakal disoal malaikat dikuburnya nanti. Maka dia teringatkan adiknya. Adiknya itu agak alim orangnya dan boleh diharapkan untuk memberi sepatah dua nasihat agama.
Maka dipanggil Toyolnya yang bernama Kamarul (atau Mat Yo) itu ke sisinya. Katanya, “Mat Yo, aku ni dah nak mati, aku nak mintak kau buat sesuatu untuk aku”
“Buat aper, nak syaye pergi merompakhs kat maner pulakh?” Kata Mat Yo.
“Bukan merompak, tapi aku nak kau panggil, adik aku, si Leman”. Maka Pak Usop pun menceritakan hajatnya untuk memanggil si Leman. Namun katanya, kalau Leman tak sempat datang dan dia mati dulu, tanyalah si Leman soalan kubur, dan jika dijawabnya, disuruhnya mat Yo untuk menulis jawapan kubur tersebut di kafannya, supaya boleh dijawab soalan Mungkar Nakir nanti.
Pada hakikatnya, Mat Yo ini setia orangnya (atau toyolnya), maka diapun dengan segera pergi mendapatkan Leman. Dia sangat takut jika Pak Usop mati sebelum berjumpa Leman. Maka bila dia sampai ke rumah leman, Pak Leman sekeluarga sedang membaca Yassin. Maka panaslah badan si Mat Yo dan tidak berani dia mendekatkan dirinya. Setelah sekian lama barulah dia dapat berjumpa Leman, dan menceritakan hajatnya. Dia bertanya tentang soalan kubur kepada Leman yang terkejut berjumpa makhluk tersebut.
Leman tanpa berlengah lagi, dia pun pergi ke rumah abangnya dan didapati abangnya telah pun meninggal dunia. Dia pun menyempurnakan mayat abangnya itu, siap dikafankan semua sekali. Soalannya, macamana Mat Yo ingin menulis jawapan itu dikafannya, sedangkan orang ramai datang menziarah. Sempatkah dia bertanya kepada Leman tentang jawapan soalan dalam kubur. Dan yang pentingnya, pandai ke si Toyol ni menulis. Itu menjadi misteri.
Setelah berada di dalam kubur, tersedarlah Pak Usop tentang kematiannya. Maka menggeletarlah seluruh badannya. Tak lama kemudiaan, datanglah si malaikat dengan penuh kebengisan. Bertanya ia dengan suara yang bergemuruh,
“Ma rabbuka?!!!!!”
Bgaikan disentap jantung pak Usop mendengarnya. Dia berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Tiba-tiba dia teringatkan si Mat Yo. Adakah dia menyempurnakan tugasnya? Bolehkan dia diharap. Dia pon meneliti kain kapannya, setelah sekian lama dia berjumpa dengan secebis tulisan. Dia pun lega. Bibirnya tersenyum lebar.
Maka datang pula soalan tadi ditanya kali kedua. Bagaikan halilintar suaranya. Namun Pak Usop tenang. Dia yakin dia dapat menjawab soalan tersebut. Makin dia menarik nafas , dengan penuh keyakinan, menunggu soalan tadi ditanya sekali lagi.
Maka soalan tersebut ditanya buat kali ketiga. “Ma Rabbuka”.
Pak Usop pun berkata,“Eleh, aku tau jawapannya, kata Pak USop”. Dan Pak Usop pun dengan bangga menarik nafas dan dengan yakinnya dia menjawab dengan membaca tulisan yang tertulis di kain kafannya.
“Jawpannya, ehemmmm…hmmmmm….(dengan yakin) MADE IN CHINA!” Jawab pak Usop. Dan untuk mengetahui cerita selanjutnya, gunakan imiginasi anda.

No comments:
Post a Comment