Monday, January 11, 2010

MEMANGGANG ISI BUMI



Artikel ni ditulis masa persidangan lama sekitar di Copenhagen bulan lepas.Daripada memabazir, baiklah akuiu sambung jek artikel ni. Sepatutnya artikel selayaknya masuk dalam pamphlet Human First Collective (hehheheh) yang banyak membicarakan tentang alam sekitar (tentang penyu and stuff, kudos pada diorang nilah). Well, aku sebenornya takdelah tinggi sangat kesedaran alam sekitarnya dan aku bukannya nak jadi Hippie, tapi aku tak nak kena panggang hidup2.
Tengah-tengah world leaders dok bincang pasal suhu kepanasan dunia di Copenhagen, aku dok prabis duit baiki air cond kerata aku yang air condnya (compressornya) dah dua tahun rosak. Apahal yang aku tunggu sampai dua taun baru nak baiki, aku pon tak tau, mungkin sebab pokai kot? Tapi musim hujan bebaru ni, cermin keta aku asyik berkabus je, bahaya jugak. So air cond ni penting gak untuk keselamatan. Tapi sebab utamanya sebab keta aku panas. Kereta aku sangat  panas. Panas sangat especially bila ditinggalkan di tempat tak beratap. Bila masuk dalam kereta, aku rasa masuk dalam microwave oven jeh. Memang panas. Sebab tu lah aku baiki air cond. Anyways, masa dok nunggu air cond keta aku dibaiki, aku tengok tin R12, gas air cond yang tak lagi digunakan sebab membahayakan ozon. Tapi tin tu tin lamalah.
Balik-balik rumah, aku lepak depan TV dengan mak aku. Keluar pulak cerita pasal environment, mak aku pon Tanya aku, “gas rumah hijau ni mende?” kata dia. Aku pon retrieve balik benda yang aku belajar masa mata pelajaran alam dan manusia kat skolah dulu.
Aku rasa ramai je yang tau apa mendanya greenhouse effect ni. Tapi kepada yang tak tau, mehlah kita kongsikan kat sini. Setau aku lah, sebab utama kepanasan dunia adalah kerana kesan rumah hijau (atau sekarang kesan rumah kaca). dalam bahasa omputehnya, greenhouse effect. Amenda greenhouse effect ni? Well, ginilah, biar aku terangkan semudah mungkin nak senang faham.
Bayangkan sebijik bumi yang bulat ni. Bumi ni akan menerima cahaya matahari setiap hari. Cahaya matahari membawa bersama kepanasan. So, cahaya tu akan masuk ke permukaan bumi dan keluar balik, meninggalkan bumi tanpa kepanasan. So, tanpa kepanasan, manusia dan binatang atau dinosaur zaman dulu pon takleh hidup. So, tuhan jadikan gas rumah hijau.
Amenda gas rumah hijau ni, gas rumah hijau ni adalah satu lapisan gas yang memerangkap sebahagian dari cahaya (haba) matahari dari keluar. Senang cakap, bila haba matahari masuk, dia akan keluar balik, tapi gas ni akan sekat sikit haba tu, dan haba tu akan melantun ke bumi membekalkan kepanasan. So senang citer, perlu lah jugak greenhouse gases ni.
Tapi bila gas rumah hijau ni banyak sangat macam sekarang, ia meliputi bumi dan memerangkap lagi bapak banyaknya berbanding dulu. So, makin banyak gas ni, maksud aku, makin tebal gas ni, lagi banyaklah haba yang diperangkapnya. So makin panaslah bumi, ye tak? (Dan makin jadi microwavelah keta aku)
Gas Rumah Hijau ni sebenarnya apa? Well, ianya adalah componen-componen gas macam carbon dioksida dan carbon-carbon lain yang dikeluarkan oleh asapa kenderaan dan kilang termasuk wap air dan lain-lainlah. Senang cerita, semakin maju manusioa, makin banyak industry, makin banyaklah asap dan carbon dikeluarkan. Pergantungan kepada bahan api fosil makin banyak, asap ekzos lori hantu makin banyak. Tu tak masuk lagi arang batu (yang lagi parah). Elektrik pon sebenarnya guna fuel jugak, ada guna diesel, ada guna arang batu, (untuk tenaga yang lagi murah.). Maasalahnya, bukannya orang tak nak guna tenaga yang lagi bersih, Iran nak guna tenaga nuclear 9bukan untuk bom, untuk tenaga), tak dibaginya. Dunia dikausai oelh sitamak-sitamak haloba. (Jangan bagi aku start dengan penyangak petroldollars!)
Dua tahun lepas, aku ada tengok dokumentari tajuk Inconvenient Truth. Dokumentari ‘dibintangi’ oleh Al-Gore (bekas bakas presiden Amerika yang haknya dirompak Bush!). Apa yang aku tengok sangat menakutkan. Aku rekemenkan sangat korang tengok dokumentari ni. Contohn ya dia citer tentang ondex kepanasan global yang grafnya naik mencanak sejak beberapa tahun ni. Gunung-ganang yang tak pernah dilihat warnanya sejak jutaan tahun (sebab diliputi salji) habis dibogelkan sejak salji cair. Begitu jugak bongkahan ais besar di kutub, habis cair, dan dia punya proportiaon atau nisbahnya taidak pernah terjadi selama jutaan tahun usia bumi.

Contoh aku bagi tau kat kat kau tentang dataran ais di kutub yang wujud jutaan tahun dulu. Satu masa dahulu, lapangan ais ni menjadi cermin kepada dunia,m iaitu, tugasnya memantulkan balik cahaya matahari ke udara (macam cermin), so dunia terhindar sedikit dari kepanasan. Namun sekarang, bila bongkahan ni makin cair dan bumi semakin panas, matahari menyerang dengan air. Maknanya, air laut dipanaskan oleh matahari dan ia mencairkan bongkah ais dari bawah, memperlajukan lagi pencairan di kutub utara dan selatan. Bayangkan, bongkahan jutaaan tahun yang tak pernah terusik habis cair.
So, apa jadi bila bongkah ais yang maha besar dan luas dikedua kutub (utara dan selatan)caijawapannya paras aier dunia akan meningkat. Dataran-dataran bumi akan semakin tenggelam, dilapurkan, tak samapi seratus tahun lagi, banyak Bandar-bandar besar dunia yang dipersisir laut akan tenggelam, termasuklah New York dengan statue of libertynya.
Meh kita Tanya, apa Negara maju (yang paling banyak menyumbangkan kepda kepanasan global ni buat?) Tanya Amerika, huh jangan harap, nak sain Kyoto Protokol pon tak nak (limitkan jumlah bawaan minyak di dalam tangki). Cik Najib pulak berkempen  menagih dana untuk Negara dunia ketiga untuk mengatasi masalah kepanasan. Aku dok Tanya, rasanya kalau diberi dana, sampai ke dana tu untuk digunakan dalam usaha mengatasi global warming. Kalau kazt Afrika tu semua, aku takut dana tu jatuh kat tangan yang tak sepatutnya je lah. Kat Malaysia, well, no komen.
Macam, aku cakap, aku cerita macam ni, bukannya, aku nak jadi tree-hugger, bukannya aku nak jadi hippie, tapi aku takut kalau tak aku, anak-anak aku kena panggang hidup2 dalam kepanasan. Aku tak nak, kau nak?


No comments:

Post a Comment