Kelmarin, dalam berita TV3, Tuan Guru Nik Aziz diberitakan menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh Catholic Tribune. Ya ke tak tak taulah, tapi kalau ye pon kawan tak heran. Sebab rasanya, memang ada asasnya.
Setau kawan, kalimah ALLAH memang bermaksud tuhan dan ianya bukanlah datang dengan ajaran Nabi Muhamad SAWAS. Penggunaan perkataan Allah telah lama digunakan sebelum turunnya wahyu terhadap Muhammad al Mustafa. Jahilliah Arabia telah lama menggunakan kalimah ini, dan nama ALLAH telah digunakan seperti dalam sumpah Wallahi, (demi Allah) dan juga wujudnya nama Abdullah sebelum kedatangan Islam bawaan Muhammad SAWAS. Seterusnya lagi, ketiga berhala besar adik beradik dewi Latta,Uzza, Manat dikatakan oleh para pagan. Anak anak perempuan Allah. So, in short, ALLAH memang digunakan berkurun lamanya di dalam jahiliah Arabia.
Tapi,jangan salah faham. Kawan pun setuju yang Alllah adalah nama khas, dan merujuk khusus kepada tuhan yang disembah oleh kaum Muslimin. Kawan bukan katakan yang nama Allah tu adalah nama umum yang beerti tuhan. Ya, memang kawan ada kata yang nama Allah telah digunakan sebelum kedatangan wahyu kepada ‘Abu Qasim’ di gua Hira’. Dan ianya digunakan oleh penyembah-penyembah berhala di Mekah dan seluruh Arabia.
Namun, harus diingat, bahawa Arabia bukanlah asing dari agama wahyu. Mengikut tradisi Islam, Mekah adalah dibuka oleh Ibrahim dan anaknya Ismail. Di dalam perjanjian Lama pun, banyak terdapat ayat yang menganjurkan prophecy kenabian yang akan turun di Arabia. (Cahaya tuhan bersinar di Paran (pergunungan kawasan Mekah), atau tuhan menjanjikan kesejahteraan keturunan Ismail dan 12 putera-puteranya. Maka, jika difahami, agama wahyu dari asal keturunan yang sama, dari Ibrahim, dari Shem bin Nuh, dari tradisi semitic. Maka, ia member legitemasi terhadap korupsi penggunaannya dan ianya tidak pelik. Setelah ribuan tahun, ianya dipertuturkan, dan selepas berlakunya korupsi demi korupsi pada agama, maka ianya logik yang nama Allah hanya berganti konsepnya menurut arab jahiliah. (Mereka juga percaya akan kuasa Allah disambing kuasa-kuasa dewa sembahan yang lain). Maka ianya logic!
Bercakap tentang Catholic pulak, Christianity telah mendakwa bahawa ia adalah kesinambungan dari agama wahyu Judaism. Jesus sendiri, mengikut ‘Paulene Christianity’, mendakwa bahawa dia bukan membawa ajaran baru tetapi penerusan dari agama asal, agama perjanjian lama (walaupun sebahagian besar dari agama tersebut berubah, peng’halal’lan ‘kosher’(makanan, uokum), pemansuhan amalan berkhatan dan sebaginya). Pada masa yang sama pula, tradisi perjanjian lama, nama tuhan telah berpecah di negeri Israel dan Judah (satu menggunakan Eloihim dan satu lagi Yehweh. Apa lagi jika sumber bahasa Aramaic, bahasa yang lebih purba dari bahasa yahudi Hebrew, hampir hilang, dan Bible sendiri telah terpisah dari kaumnya selepas penaklukan Nebuchadnezzar ). Walaupun diakui nama Allah memang diakui wujud walaupun dan difahami walupun di dalam Hebrew moden, namun ianya tidak diakui. Begitu juga dengan perjanjian baru yang pupus sumber Aramaicnya, yang juga melenyapkan pemahaman Allah diganti pentafsiran literal dari sumber Greek dan Latin.
Perbahasannya ialah disini, mungkin ada sekelumit legitemasi untuk para ‘ruhaniwan’ chatolic untuk menggunakan nama Allah untuk mewakili tuhan, namun, setelah ianya tersingkir dan dipinggirkan dari perjanjian lama dan baru yang membentuk bible moden, apakah tujuannya kesungguhan mereka menggunakan nama Allah, sedangkan ianya dipinggirkan beribu tahun. Apakan tujuannya dan rasionalnya, melainkan ia mempunyai maksud yang tertentu? Well, ntahlah!
lama doh duk tunggu penulisan dari mu ni. ramai org duk pk mcm mu kata tu ah yi. mu tgk doh movie year 1?
ReplyDelete