Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Same-o, same-o, different pages same jokes


Shaving after shave/welcome to the circus-dkr
Welcome to the circus,
 you may meet the clowns,
 shouting nationalistic bull shit,
 survival of the brown.
Go through the chapters,
 of the predictable plots,
 check out the headlines,
the latest joke is out.

Sunday, January 10, 2010

Enjin jet, apa mau kecoh? Hiyappp, sapa mau kena tembak?


Orang-orang ni dok bising pasal enjin jet hilang. apahal kecoh sangat, bukannya harganya juta, cuma ratusan ribuje. Lagipun, apalah bangang sangat dok bising-bising, apa susuah, gunalah enjin cam pro 1.6 proton. apa daaaa.

Harga gula naik, itu pon bising, kan big boss dah kata, rugi jek kerajaan memberi subsidi kepada benda yang boleh membahayakan rakyat. So takyah lah guna gula. Macam jet jugak, jet pejuang kan gunanya untuk pertempuran. Tu gunanya untuk bunuh orang tu. Tak payah pedulih benda-benda yang membahayakan nyawa ni.

Nanti pulak mungkin harga minyak nak naik, ya kerajaan sedang men imbangkan untuk tidak menjual minyak subsidi kepada warga asing. Nanti nak beli minyak kena ada mykad. Bagus kan, Warga aswing tak patut guna minyak kita. Maksud aku, warga asing tu orang Thailand, kalau orang Singapore takpe. kan orang Singapore kan dah dah regulate kenderaan sebelum keluar Singapore.

Orang Singapore ni lain. Kita kena bela. Diorang. diorang klan negara kecik, sumber air semua tu mana nak cara kalau kita tak bantu. Apa salahnya kalau kita jual saham Telekomunikasi kita kat diorang. Apalah sangat kan? Tu pun kita beli balik, apalah kecoh sangat, bukannya banyak sangat kan.


Monday, January 4, 2010

ALLAH FOR ALL?




Kelmarin, dalam berita TV3, Tuan Guru Nik Aziz diberitakan menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh Catholic Tribune. Ya ke tak tak taulah, tapi kalau ye pon kawan tak heran. Sebab rasanya, memang ada asasnya.

Setau kawan, kalimah ALLAH memang bermaksud tuhan dan ianya bukanlah datang dengan ajaran Nabi Muhamad SAWAS. Penggunaan perkataan Allah telah lama digunakan sebelum turunnya wahyu terhadap Muhammad al Mustafa. Jahilliah Arabia telah lama menggunakan kalimah ini, dan nama ALLAH telah digunakan seperti dalam sumpah Wallahi, (demi Allah) dan juga wujudnya nama Abdullah sebelum kedatangan Islam bawaan Muhammad SAWAS. Seterusnya lagi, ketiga berhala besar adik beradik dewi Latta,Uzza, Manat dikatakan oleh para pagan. Anak anak perempuan Allah. So, in short, ALLAH memang digunakan berkurun lamanya di dalam jahiliah Arabia.

Tapi,jangan salah faham. Kawan pun setuju yang Alllah adalah nama khas, dan merujuk khusus kepada tuhan yang disembah oleh kaum Muslimin. Kawan bukan katakan yang nama Allah tu adalah nama umum yang beerti tuhan. Ya, memang kawan ada kata yang nama Allah telah digunakan sebelum kedatangan wahyu kepada ‘Abu Qasim’ di gua Hira’. Dan ianya digunakan oleh penyembah-penyembah berhala di Mekah dan seluruh Arabia.

Namun, harus diingat, bahawa Arabia bukanlah asing dari agama wahyu. Mengikut tradisi Islam, Mekah adalah dibuka oleh Ibrahim dan anaknya Ismail. Di dalam perjanjian Lama pun, banyak terdapat ayat yang menganjurkan prophecy kenabian yang akan turun di Arabia. (Cahaya tuhan bersinar di Paran (pergunungan kawasan Mekah), atau tuhan menjanjikan kesejahteraan keturunan Ismail dan 12 putera-puteranya. Maka, jika difahami, agama wahyu dari asal keturunan yang sama, dari Ibrahim, dari Shem bin Nuh, dari tradisi semitic. Maka, ia member legitemasi terhadap korupsi penggunaannya dan ianya tidak pelik. Setelah ribuan tahun, ianya dipertuturkan, dan selepas berlakunya korupsi demi korupsi pada agama, maka ianya logik yang nama Allah hanya berganti konsepnya menurut arab jahiliah. (Mereka juga percaya akan kuasa Allah disambing kuasa-kuasa dewa sembahan yang lain). Maka ianya logic!

Bercakap tentang Catholic pulak, Christianity telah mendakwa bahawa ia adalah kesinambungan dari agama wahyu Judaism. Jesus sendiri, mengikut ‘Paulene Christianity’, mendakwa bahawa dia bukan membawa ajaran baru tetapi penerusan dari agama asal, agama perjanjian lama (walaupun sebahagian besar dari agama tersebut berubah, peng’halal’lan ‘kosher’(makanan, uokum), pemansuhan amalan berkhatan dan sebaginya). Pada masa yang sama pula, tradisi perjanjian lama, nama tuhan telah berpecah di negeri Israel dan Judah (satu menggunakan Eloihim dan satu lagi Yehweh. Apa lagi jika sumber bahasa Aramaic, bahasa yang lebih purba dari bahasa yahudi Hebrew, hampir hilang, dan Bible sendiri telah terpisah dari kaumnya selepas penaklukan Nebuchadnezzar ). Walaupun diakui nama Allah memang diakui wujud walaupun dan difahami walupun di dalam Hebrew moden, namun ianya tidak diakui. Begitu juga dengan perjanjian baru yang pupus sumber Aramaicnya, yang juga melenyapkan pemahaman Allah diganti pentafsiran literal dari sumber Greek dan Latin.

Perbahasannya ialah disini, mungkin ada sekelumit legitemasi untuk para ‘ruhaniwan’ chatolic untuk menggunakan nama Allah untuk mewakili tuhan, namun, setelah ianya tersingkir dan dipinggirkan dari perjanjian lama dan baru yang membentuk bible moden, apakah tujuannya kesungguhan mereka menggunakan nama Allah, sedangkan ianya dipinggirkan beribu tahun. Apakan tujuannya dan rasionalnya, melainkan ia mempunyai maksud yang tertentu? Well, ntahlah!






Monday, August 10, 2009

SWINE FLU. Pesta Topeng!


Bayangkan kalau selsema babi yang ada sekarang ni bukan mutasi secara natural tetapi bermula di makmal. Bayangkan kalau ada orang yang dapat profit dari kesengsaraan orang lain. Bayangkan ada orang yang gatal tangan nak cipta wabak ni keran motif keuntungan?


Bayangkan kalau dulu orang nak check Aedes, orang akan datang cek darah hari-hari, sekarang berapa kali ganda orang datang, dan berapa kali ganda penggunaan jarum, picagari apa menatang yang kena mengena dengan darahlah. Ini contoh je lah.


tapi bayangkan barangan lain yang untung bila penyakit ni datang. Dan sekarang Malaysia menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera nak kawal wabak ni. Ni baru satu negara, negara lain?


Ni satu andaian, tak tahu pon betul ke tidak. Tapi kalau nak cari kat internet, mungkin jumpa sebijik dua article macam ni. Cuba cek artikel kat bawah.